Lawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lawak biasanya merupakan cerita pendek atau susunan perkataan yang bersifat lucu. Terdapat pelbagai kategori lawak dari lawak yang boleh hinggalah lawak yang mempunyai multi-makna. Maksudnya ia biasa sahaja kepada sesetengah golongan tetapi ia menjadi lawan kepada kumpulan sasaran yang lain.

Pautan[sunting | sunting sumber]

  • Lawakjenaka.com - Koleksi lawak jenaka untuk pembaca di Malaysia
  • Lawak.Net Himpunan cerita lawak, gambar lawak dan juga video lawak.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.


Contoh Lawak[sunting | sunting sumber]

lawak lucu


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.


lawak sedih


Adatiga orang sahabat Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.


Ali: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?


Abu: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?


Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.


Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.


Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.


Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...


Punyalahsedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejapbukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian merekakembali memanjat sambil Abu pula bercerita.


Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abangsulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku takbersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang... bla bla bla bla...


Sekalilagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si Abu bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.


Mamat: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.


Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?


Mamat: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...


Abu: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.


Mamat: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....