Lawak Kampus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lawak Kampus
Kulit komik grafik Lawak Kampus Jilid 17
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square (kini Kadokawa Gempak Starz) Komik Fatdream 2011-Sekarang
Majalah: Gempak (sehingga 2020)
Format
  • Hitam-dan-putih (jilid 1-jilid 6)
  • Berwarna (jilid 7-sekarang)
Tarikh penerbitan2003-kini
Bil. isu43
Watak utamaVanness dan Froggy (watak utama)
Pasukan kreatif
Karya
  • Chong Kah Hwee (Keith)
  • Zelo (sehingga Disember 2003)
PewarnaSiew
Editor

Lawak Kampus (Kuso High School bagi versi Inggeris dan Cina) merupakan karya daripada Keith (Chong Kah Hwee) dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.

Sehingga Disember 2021, Lawak Kampus mempunyai 42 jilid komik grafik dalam Bahasa Malaysia dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina dan Inggeris dan yang terbaru, Bahasa Thai. Selain daripada versi Bahasa Melayu, terdapat juga kembar komik ini, iaitu Kuso High School yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina.

Pada tahun 2011, Keith telah menghasilkan satu buku kompilasi Lawak Kampus iaitu Lawak Kampus - Kompilasi Mantap. Pada tahun 2018, Lawak Kampus telah mencapai tahun yang ke-15 dalam industri komik. Pada tahun 2003, jilid sulung dikeluarkan bersama Zelo dengan menggunakan format hitam putih. Bermula pada bulan Jun 2010, Keith mengupah Siew untuk mewarnakan semua komiknya bermula dengan jilid MOVE ON.

Pada tahun 2020, ketika Malaysia dan satu dunia berhadapan dengan wabak COVID-19, penerbit dan pengkarya komik ini juga terkesan. Walau bagaimanapun, atas usaha keras mereka menjayakan penghasilan komik ini biarpun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020. Hasilnya, Lawak Kampus jilid ke-37 diterbitkan pada Jun 2020 yang mengisahkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dan jilid ke-38 pada September 2020 yang mengisahkan permainan video yang menjadi kegilaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 dilaksanakan.

Senarai jilid[sunting | sunting sumber]

  1. Lawak Kampus
  2. Lawak Kampus Rebound
  3. Lawak Kampus Revive
  4. Lawak Kampus League
  5. Lawak Kampus Log In
  6. Lawak Kampus Team Work
  7. Lawak Kampus Move On
  8. Lawak Kampus CONNECTION
  9. Lawak Kampus Jilid 9 (bertemakan Lepak)
  10. Lawak Kampus Jilid 10 (bertemakan Robot)
  11. Lawak Kampus Jilid 11 (bertemakan Hari Kantin)
  12. Lawak Kampus Jilid 12 (bertemakan Muzik)
  13. Lawak Kampus Jilid 13 (bertemakan Facebook)
  14. Lawak Kampus Jilid 14 (bertemakan 9GAG)
  15. Lawak Kampus Jilid 15 (bertemakan Cerita Dongeng)
  16. Lawak Kampus Jilid 16 (bertemakan K-Pop)
  17. Lawak Kampus Jilid 17 (bertemakan Glamour)
  18. Lawak Kampus Jilid 18 (bertemakan Comel)
  19. Lawak Kampus Jilid 19 (bertemakan RPG)
  20. Lawak Kampus Jilid 20 (bertemakan Santai)
  21. Lawak Kampus Jilid 21 (bertemakan Sarkas)
  22. Lawak Kampus Jilid 22 (bertemakan Selfie)
  23. Lawak Kampus Jilid 23 (bertemakan Maraton)
  24. Lawak Kampus Jilid 24 (bertemakan Kampung)
  25. Lawak Kampus Jilid 25 (bertemakan Chatime)
  26. Lawak Kampus Jilid 26 (bertemakan Interior sekolah)
  27. Lawak Kampus Jilid 27 (bertemakan Pokémon GO)
  28. Lawak Kampus Jilid 28 (bertemakan Kraf tanah liat)
  29. Lawak Kampus Jilid 29 (bertemakan Jepun)
  30. Lawak Kampus Jilid 30 (bertemakan Nerf)
  31. Lawak Kampus Jilid 31 (bertemakan Superhero)
  32. Lawak Kampus Jilid 32 (bertemakan Makanan nostalgik)
  33. Lawak Kampus Jilid 33 (bertemakan Detektif)
  34. Lawak Kampus Jilid 34 (bertemakan Gundam)
  35. Lawak Kampus Jilid 35 (bertemakan Hantu)
  36. Lawak Kampus Jilid 36 (bertemakan Makanan)
  37. Lawak Kampus Jilid 37 (bertemakan Barisan hadapan)
  38. Lawak Kampus Jilid 38 (bertemakan Permainan)
  39. Lawak Kampus Jilid 39 (bertemakan Perang COVID-19)
  40. Lawak Kampus Jilid 40 (bertemakan Perkhemahan)
  41. Lawak Kampus Jilid 41 (bertemakan Grab)
  42. Lawak Kampus Jilid 42 (bertemakan YouTube)
  43. Lawak Kampus Jilid 43 (bertemakan Metaverse)
  44. Lawak Kampus Jilid 44 (bertemakan Monopoly)
  45. Lawak kampus Jilid 45 TBA
  46. Lawak kampus Jilid 46 TBA
  47. Lawak kampus Jilid 47 TBA
  48. Lawak Kampus Jilid 48 TBA
  49. Lawak kampus Jilid 49 TBA
  50. Lawak kampus Jilid 50 TBA
  51. Lawak Kampus Jilid 51 TBA
  52. Lawak Kampus Jilid 52 TBA
  53. Lawak Kampus Jilid 53 TBA
  54. Lawak Kampus Jilid 54 TBA
  55. Lawak Kampus Jilid 55 TBA
  56. Lawak Kampus Jilid 56 TBA
  57. Lawak Kampus Jilid 57 TBA
  58. Lawak Kampus Jilid 58 TBA
  59. Lawak Kampus Jilid 59 TBA
  60. Lawak Kampus Jilid 60 TBA

Daripada hitam putih untuk enam jilid pertama, kini Lawak Kampus berwarna (bermula dari Jilid 7) dan diwarnakan oleh Siew yang merupakan pemenang anugerah PeKOMIK bagi Warnaan Terbaik.

Kompilasi Mantap[sunting | sunting sumber]

  1. Kompilasi Mantap
  2. Kompilasi Mantap 2
  3. Kompilasi Mantap 3
  4. Kompilasi Mantap 4
  5. Kompilasi Mantap 5
  6. Kompilasi Mantap 6 TBA
  7. Kompilasi Mantap 7 TBA
  8. Kompilasi Mantap 8 TBA
  9. Kompilasi Mantap 9 TBA

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pada jilid pertama komik Lawak Kampus dilancarkan, ia mulanya menceritakan hitam putih kehidupan pelajar di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar. Tetapi apabila mula memasuki komik berwarna dan kemunculan watak-watak baru, kehidupan mereka berubah kepada skop yang lebih luas, seperti perangai buruk dan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja pada masa kini.

Kehadiran watak terkenal[sunting | sunting sumber]

Komik Lawak Kampus menampilkan segelintir selebriti, ahli perniagaan dan tokoh. Antaranya, Harland Sanders, pengasas KFC, serta di Lawak Kampus Jilid 9, Bill Gates dan Steve Jobs yang mana mereka berdua saling bergaduh dengan masing-masing menggunakan jenama mereka iaitu, Apple - Steve Jobs, Windows - Bill Gates (Steve Jobs membaling Apple (buah epal) ke arah kedai Windows (tetingkap) Bill Gates, dan juga Atuk KFC (sebagai Atuk KFG) dan Pak Cik McDonald (sebagai Pak Cik McW) juga saling bergaduh-gaduh sambil diperhatikan oleh orang awam termasuk Vanness serta Aditas, dan di Lawak Kampus Jilid 28 yang menampilkan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkawan dengan Froggy sambil diperhatikan oleh Pengetua dan ramai lagi.

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Vanness

Diambil nama daripada pelakon Taiwan, Vanness Wu, Vanness ialah pelajar paling nakal dalam kelas dan dia selalu bergayut bersama Aditas, rakan baiknya. Vanness juga sering diminati oleh Xena di mana jua dia berada. Dia merasakannya sebagai suatu ancaman.

  • Froggy

Pelajar paling pandai dalam sekolah, Froggy kadangkala terikut-ikut dengan perangai bodoh Vanness, namun pada keseluruhannya dia juga adalah seorang pelajar yang berdisiplin. Pada awal komik ini dilancarkan, semua pelajar tertanya-tanya mengenai identitinya yang sebenar memandangkan dia adalah berkepala katak dan juga bukan manusia. Malah, dia juga berkawan dengan hantu dan binatang pelik, seperti Siren Head dalam jilid 43.

  • Aditas

Diambil daripada jenama pakaian sukan, Adidas, dia adalah pelajar paling aktif dalam sukan. Namun begitu, seperti Vanness, Aditas juga ialah pelajar paling bermasalah dan kadangkala lebih teruk paras rupa dan perangainya. Dia juga dilihat sebagai seorang yang agak kotor seperti dalam Jilid 9, dia memanaskan pau Yumi menggunakan kasut dan nasi Ami di bawah ketiaknya, menyebabkan kedua-duanya hilang selera dan memaksa Aditas memakan makanan mereka yang sudah kotor. Dalam akhir-akhir ini, dia tinggal dalam tong sampah bersama abangnya dan Pengetua menyangka ekonominya agak teruk seperti yang digambarkan dalam Jilid 42.

Dalam Jilid 23, dia juga pernah meninggal akibat dilanggar kereta akibat tindakannya yang cuba mendapat duit pampasan kemalangan jalan raya seperti yang diperoleh oleh Anthony sewaktu dia dilanggar.

Bekas watak[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lawak Kampus beransur-ansur menjadi edisi berwarna dalam jilid Move On seperti yang digambarkan dalam bab Berubah I & Berubah I.
  • Seperti Ami dan Yumi, Cikgu Noodle dan Beehun merupakan pasangan kembar lelaki lembut yang sering melepak di dalam tandas wanita. Perbuatan dan kehadiran mereka selalu menimbulkan kemarahan dalam kalangan guru dan pelajar lain serta orang ramai.
  • Jilid 29 memaparkan kebudayaan Jepun dan persekitaran bandar-bandar di negara itu sebagai mimik persediaan dunia menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang telah berlangsung pada 23 Julai - 8 Ogos 2021.
  • Sempena ulangtahun komik ini ke-15, dua jilid istimewa, iaitu 365 dan Add-On telah dilancarkan.
  • Pada tahun 2016, permainan video pertama Lawak Kampus, Lawak Kampus Dimension Drift telah dilancarkan. Permainan ini mengisahkan Vanness yang terpaksa bertarung dengan beberapa Boss level untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang telah diculik.
  • Budak Kaya dan Damien jarang memperkenalkan wajah mereka. Jika ada sekalipun, Budak Kaya hanya muncul dalam bentuk tangan dan kaki manakala Damien pula dengan tangan dan mata serta selalu bersembunyi di merata-rata tempat kerana sifat budak itu yang sangat malu untuk berjumpa dengan pelajar lain secara fizikal, terutamanya Yumi.
  • Jilid ke-33 merupakan satu-satunya jilid yang dihasilkan pada 2018 ekoran sambutan ulangtahun yang ke-15.

Rujukan[sunting | sunting sumber]