Lawan tombak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran zaman Pembaharuan akan sukan lawan tombak dengan baju zirah tradisional yang berasaskan baju zirah lewat zaman petengahan (Paulus Hector Mair, de arte athletica, 1540-an)

Lawan tombak (bahasa Inggeris: jousting) merupakan sukan pertarungan antara dua orang penunggang kuda yang menggunakan tombak dalam sesebuah pertandingan zaman pertengahan. Tujuan utama pemain adalah menyerang lawannya dengan tombaknya sambil menunggang ke arahnya pada kelajuan yang tinggi, malahan jika boleh, mematahkan tombak pada perisai atau baju zirah lawan, atau menjatuhkan lawan dari kuda.

Lawan tombak berasal pada Zaman Pertengahan Tinggi berasaskan penggunaan tombak oleh tentera berkuda. Ianya berubah menjadi sukan pakar pada Lewat Zaman Pertengahan, lalu masih kenal digemari ramai di kalangan bangsawan di Inggeris dan Jerman sepanjang abad ke-16 (sementara di Perancis, ia ditamatkan setelah kemangkatan Raja Henry II dalam kemalangan pada tahun 1559).[1] Di Inggeris, lawan tombak adalah acara kemuncak pesta Hari Pertabalan Elizabeth I dan James I, bahkan juga disertakan dalam perayaan perkahwinan Charles I.[2]

Sukan lawan tombak dihentikan untuk memberi laluan kepada sukan-sukan ekuestrian yang lain pada abad ke-17, namun masih bertahannya jurus-jurus "kemahiran bersenjata berkuda" berbentuk tanpa sentuhan. Sukan lawan tombak pernah dikembalikan untuk masa terhad dan dalam bentuk pertunjukan sahaja sejak 1970-an.

Sukan lawan tombak menjadi ciri utama watak kesatria dalam seni dan sastera Medievalisme Romantik, dan oleh itu dalam karya-karya budaya popular yang berlatarkan Zaman Pertengahan. Perlawanan tombak ditampilkan dalam cerita Ivanhoe (1820).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barber, Richard; Barker, Juliet (1 January 1989). Tournaments: Jousts, Chivalry and Pageants in the Middle Ages. Boydell. m/s. 134, 139. ISBN 978-0-85115-470-1.
  2. ^ Young 1977, m/s. 201–8.
  • Nadot, Sébastien (2010), Rompez les lances ! Chevaliers et tournois au Moyen Age (dalam bahasa French), Paris: Autrement Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link).
  • Strong, Roy (1977), The Cult of Elizabeth: Elizabethan Portraiture and Pageantry, Thames and Hudson, ISBN 0-500-23263-6.
  • Young, Alan (1987), Tudor and Jacobean Tournaments, Sheridan House, ISBN 0-911378-75-8
  • Coltman, CR (1919), The tournament; its periods and phases, Archive.org.