Lawang Sewu
Lawang Sewu terletak di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia dan pernah menjadi pejabat syarikat Belanda 'Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij' atau NIS. Bangunan ini dibina pada 1904 dan siap 1907. Di hadapannnya terletak Tugu Muda atau 'Wilhelminaplein.'
Lawang Sewu bermaksud '1000 Pintu' kerana mempunyai banyak pintu walaupunj tak sampai 1000 buah pintu. Lawang bermaksud pintu.
Sekarang menjadi pejabat syarikat PT Kereta Api Indonesia. Satu ketika pernah menjadi pejabat Badan Prasarana Komando Daerah Militer (Kodam IV/Diponegoro) dan ibu pejabat Kementerian Perhubungan Jawa Tengah. ]
Peristiwa Pertempuran lima hari di Semarang pada 14 Oktober - 19 Oktober 1945 menyaksikan pertempuran yang hebat antara pemuda AMKA atau Angkatan Muda Kereta Api melawan Kempetai dan Kidobutai, Jepun. Lawang Sewu menjadi satu dari 102 bangunan kuno atau bersejarah di Kota Semarang yang patut dilindungi.
Arkitek Belanda, Prof. Jacob F. Klinkhamer (TH Delft) dan B.J. Ouendag dari Amsterdam ditugaskanj untuk mereka bangunan ini. Gambar lukisan dibawa ke Semarang.
-
Cetak biru Gedung B.