Layang-Layangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Layang-layangan adalah sebuah kampung di pantai barat Labuan yang terletak bersebelahan kampung Sungai Labu.

Taman Damai dan Surrender Point terletak di sini. Surrender Point yang terletak di Taman Damai adalah tempat bersejarah di mana tentera Jepun yang diketuai oleh Komander ke-37th Tentera Jepun, Jeneral Masao Baba telah menyerah kalah kepada Mejar Jeneral George F. Wootten, Komander Bahagian ke-9 Tentera Australia. Taman Damai yang dibina sempena memperingati Perang Dunia Kedua adalah sebuah taman yang amat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Taman Damai yang menjadi tarikan utama di Layang-Layangan ini juga terletak di tepi pantai.