Pergi ke kandungan

Le Fantôme de l'Opéra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Le Fantôme de l'Opéra
Christine Daae bersemuka dengan Erik si Hantu Opera.
Ilustrasi cat air oleh André Castaigne dalam cetakan edisi pertama Amerika Syarikat (1911).
Umum
PengarangGaston Leroux
NegaraPerancis
Bahasabahasa Perancis
Subjek
GenreNovel Gothik
Penerbitan
PenerbitPierre Laie
Tarikh penerbitan
23 September 1909 - 8 Januari 1910
Jenis media
Cetakan (bersiri)
Halaman~190
Kawalan kewibawaan
OCLC15698188

Le Fantôme de l'Opéra ("Hantu Opera", tajuk bahasa Inggeris - The Phantom of the Opera) ialah sebuan novel karya Gaston Leroux. Ia asalnya diterbitkan dalam bentuk karya bersiri dalam akhbar Le Gaulois dari 23 September 1909 sehingga 8 Januari 1910, sebelum kemudiannya dibukukan pada lewat bulan Mac 1910 oleh Pierre Lafitte.[1] Penulisan ovel ini diinsiprasikan daripada beberapa peristiwa yang berlaku dalam bangunan Opéra Paris (kini diberi nama Palais Garnier).[2]

Filem ini telah diadaptasikan dalam beberapa bentuk media termasuk filem (misalnya pada tahun 1925 lakonan Lon Chaney) dan pementasan muzikal (misalnya pada tahun 1986 arahan Andrew Lloyd Webber).

Para pekerja dan pelakon dalam Balai Opera Paris digemparkan dengan kematian salah satu penjaga pentas, Joseph Buquet, yang didapati akibat digantung, namun tiada tali yang dapat dicari sekitar tempat kejadian sebagai bukti. Sementara itu, Christine Daaé dijemput bagi menggantikan Carlotta dalam suatu persembahan gala khas; persembahannya mendapat sorakan meriah dari para penonton.

Para pengurus baharu Balai Opera tersebut mendapat sepucuk surat daripada "Si Hantu Opera" yang meminta agar Christine memaikan peranan watak utama dalam opera Faust manakala tempat duduk 5 dikhaskan untuknya menonton tempat tersebut. Namun, para pengurus tersebut menganggap ia suatu olokan yang menakutkan lalu mereka tidak hiraukan permintaan tersebut. Pada malam persembahan tersebut, terdapat beberapa kejadian dahsyat yang menimpa; suara Carlotta mula menyerak sehingga berbunyi seakan katak, manakala candelier besar di pentas tersebut menghayun sehingga jatuh ke bawah membunuh seorang penonton. Christine diculik "si Hantu Opera", lalu Raoul dan Si Orang Parsi mula mengejar dan mengekori mereka. Raoul dan Si Orang Parsi itu terperangkap dalam satu perangkap bercermin rekaan Hantu Opera.

Christine merayu kepada si Hantu tersebut agar melepeaskan mereka berdua. Erik si Hantu itu bersetuju dengan syarat (mencabar kerelaan Christine) agar Christine rela menciumnya. Christine menerima cabaran itu, dia mencium Erik dengan ikhlasnya sampai Erik terkesan lalu berasa bersalah akan menangkap ketiga-tiga tebusannya; Erik melepaskan mereka bertiga di mana mereka sempat melarikan diri. Erik meninggal tidak lama kemudian sambil mayatnya dijumpai Christine. Christine dan Raoul berpindah ke Norway untuk menghabiskan masa mereka bersama.

Dalam epilog kisah ini, Si Orang Parsi menceritakan bagaimana dia berkenalan dengan Erik serta bagaimana Erik merekabentuk binaan Balai Opera Paris siap dengan banyak tempat persembunyian serta perangkap yang sering digunakannya.

Watak-watak

[sunting | sunting sumber]
  • Erik: orang yang dikenali sebagai "Si Hantu Opera" kerana kecacatan pada mukanya. Dia terlibat dalam menguruskan pembinaan Balai Opera, malah mendapatkan tempat yang dikhaskan untuknya melihat pementasan yang diadakan dalam bangunan tersebut dengan baik. Dia juga mempunyai suara nyanyian yang sangat merdu.
  • Christine Daaé: seorang penyanyi soprano dari Sweden yang mencuba nasibnya dalam pementasan-pementasan opera di Paris.
  • Vicomte Raoul de Chagny (Raoul): kawan masa kecil dan kekasih Christine.
  • Comte Phillipe de Chagny ((Phillipe): Abang Raoul.
  • Debienne dan Poligny: Pengurus terdahulu Balai Opera
  • Armand Moncharmin dan Firmin Richard: Pengurus baharu yang menggantikan Debienne dan Poligny.
  • Madame Giry: Penjaga kotak tempat duduk yang dikhaskan untuk Erik. Dia mempunyai seorang anak tunggal bernama Meg Giry, seorang penari balet.
  • Carlotta: Penyanyi soprano utama dalam Balai Opera yang hidung tinggi.
  • Madame Valérius: Penjaga tua Christine.
  • La Persan ("Si Orang Parsi"): seorang kenalan Erik semasa mereka mengerjakan projek pembinaan Balai Opera dahulu.
Pementasan muzikal
Filem
  1. ^ Shah, Raj (2016). "The Publication and Initial French Reception of Gaston Leroux's Le Fantôme de l'Opéra". French Studies Bulletin. 37 (138): 13–16. doi:10.1093/frebul/ktw004.
  2. ^ Shah, Raj (2014). "No Ordinary Skeleton: Unmasking the Secret Source of Le Fantôme de l'Opéra". Forum for Modern Language Studies. 50 (1): 16–29 (17, 25n11). doi:10.1093/fmls/cqt048.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]