Lea Thompson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lea Thompson
Lea Thompson February 2015 crop.JPG
Thompson di Pawagam Paramount pada Februari 2015
KelahiranLea Katherine Thompson
(1961-05-31) 31 Mei 1961 (umur 57)
Rochester, Minnesota, U.S.
Pekerjaan
  • Aktress
  • penari
  • Pengarah filem televisen
  • Pengarah filem
Tahun aktif1982–kini
PasanganHoward Deutch (k. 1989)
AnakZoey dan Madelyn Deutch

Lea Katherine Thompson (lahir 31 Mei 1961)[1] adalah seorang pelakon, pengarah televisyen, dan penerbit televisyen. Dia terkenal dengan peranannya sebagai Lorraine Baines dalam trilogi Back to the Future dan sebagai watak tajuk sitkom NBC Caroline in the City. pada tahun 1990-an. Filem lain yang dia dikenali adalah filem All the Right Moves (1983), filem Red Dawn (1984), filem Howard the Duck (1986), filem Some Kind of Wonderful (1987), dan filem The Beverly Hillbillies (1993). Antara 2011-2017, dia membintangi bersama sebagaiKathryn Kennish dalam Freeform (sebelumnya ABC Family) siri Switched at Birth.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Thompson dilahirkan di Rochester, Minnesota,[1], salah seorang daripada lima orang anak Clifford dan Barbara Barry Thompson.[2] Dia mempunyai dua saudara perempuan, Coleen Goodrich dan Shannon Katona dan dua saudara lelaki, Andrew (Penari balet) dan Barry. Ibunya berasal dari keturunan Ireland.[3]

Dia belajar ballet ketika muda dan menari secara profesional pada usia 14 tahun, memenangi biasiswa bagi The American Ballet Theatre, San Francisco Ballet, dan Ballet Pennsylvania. Diberitahu bahawa dia tidak mempunyai tubuh yang betul untuk menjadi prima ballerina oleh Mikhail Baryshnikov sendiri, dia mengubah fokusnya pada berlakon.[4]

Ketika berumur 20 tahun dan menari secara profesional dengan Syarikat Studio American Ballet Theatre (kemudian dikenali sebagai ABT II) dan apabila tiba masanya untuk memutuskan apakah dia akan berpindah ke syarikat utama, Baryshnikov yang merupakan Pengarah Artistik pada masa itu memberitahu dia "Kamu seorang penari yang cantik, tetapi kamu terlalu tembam." Dalam kata-katanya, itu adalah "epiphany saya apabila saya membuat keputusan untuk berhenti menari dan tidak menjadi penari balet. Ia adalah satu masa yang indah kerana saya tidak boleh menghantuk kepala saya pada dinding selama 10 tahun lagi."[5]

Dia berpindah ke New York ketika berusia 20 tahun, dia berlakon dalam beberapa iklan Burger King pada tahun 1980an bersama Sarah Michelle Gellar dan Elisabeth Shue, yang akhirnya pelakon bersama dalam filem Back to the Future Part II dan filem Back to the Future Part III.[4][6]


Filmografi[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Persatuan Kategori Kerja dicalonkan Keputusan
1985 Anugerah Saturn Anugerah Saturn bagi Aktris Sokongan Terbaik Back to the Future Dicalonkan
1987 Anugerah Pelakon Muda Anugerah Pelakon Muda bagi Pelakon Muda Utama Terbaik dalam Filem Feature– Drama Some Kind of Wonderful Menang
1990 Anugerah Pilihan Kanak-kanak Nickelodeon Pelakon Filem Disukai Ramai Back to the Future Part II Menang
1995 Anugerah People's Choice Pelakon Wanita Kegemaran dalam Siri TV Baru Caroline in the City Menang
1996 Anugerah Satellite Pelakon Terbaik dalam Siri TV  – Musikal atau Komedi Dicalonkan
2014 Anugerah Filem Amerika Pelakon Wanita Terbaik The Trouble with the Truth Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lea Thompson". TVGuide.com. Diarkibkan daripada asal pada September 11, 2015. Dicapai October 21, 2015. 
  2. ^ "'Caroline in the City' still a smalltown girl". Post-Bulletin. Rochester, Minnesota. January 15, 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada October 21, 2015. Dicapai October 21, 2015. 
  3. ^ "Lea Thompson: Cabin Fever". PremierGuideMedia.com. July 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada October 19, 2015. Dicapai August 29, 2015. 
  4. ^ a b Lea Thompson di Allmovie
  5. ^ "Mikhail Baryshnikov Destroyed Lea Thompson's Ballet Dreams". Starpulse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-06-16. 
  6. ^ Harris, Will (February 21, 2012). "Random Roles: Lea Thompson". The A.V. Club. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2013. Dicapai October 19, 2012. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]