Lebah kelulut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lebah tak bersengat)

Kelulut
Meliponula ferruginea
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Meliponini
Genus

Austroplebeia
Cephalotrigona
Cleptotrigona
Dactylurina
Hypotrigona
Lestrimelitta
Liotrigona
Lisotrigona
Melipona
Meliponula
Meliwillea
Nannotrigona
Nogueirapis
Oxytrigona
Paratrigona
Pariotrigona
Partamona
Plebeia
Plebeina
Scaptotrigona
Tetragonisca
Tetragonula
Trichotrigona
Trigona
Trigonisca

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis[1]. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika[2][3].

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.[4][5] Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.[perlu rujukan] Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.[6]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Kelulut boleh dijumpai hampir semua di kawasan tropika dan sub-tropika dunia, seperti Asia Tenggara, Australia, Afrika, dan di kawasan tropika Amerika[2][3]. Majoriti lebah eusosial asli di Amerika Tengah dan Amerika Selatan adalah lebah kelulut, walaupun hanya beberapa lebah kelulut mampu menghasilkan madu untuk tujuan pemeliharaan.[7][8]

Kelulut juga berlainan di Afrika, termasuk Madagascar,[9] dan dipelihara di sana juga; madu meliponine dianggap sebagai ubat bagi kebanyakan komuniti di Afrika dan Amerika Selatan.[10]

Kelakuan[sunting | sunting sumber]

Sarang[sunting | sunting sumber]

Kotak haif yang mengandungi koloni Trigona itama.

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis.[11] Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot.[12][13] Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut Diarkibkan 2020-07-03 di Wayback Machine atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.

Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.[14]

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.[15][16]

Komunikasi[sunting | sunting sumber]

Pertahanan[sunting | sunting sumber]

Geriak[sunting | sunting sumber]

Sarang baharu tidak dihasilkan dengan geriak. Lebah kelulut menghasilkan sarang baharu dengan lebah pekerja menghabiskan masa membina sarang baharu di geronggang pokok. Apabila sarang tersebut hampir siap, ratu yang baru mengawan akan berpindah masuk bersama beberapa lebah pekerja baharu untuk menyiapkan sarang tersebut.[17] Ratu baharu akan mula menelur selepas itu.

Kitar hidup[sunting | sunting sumber]

Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.[18] Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Jantina dan kasta[sunting | sunting sumber]

Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid), dan hasil daripada telur tidak disenyawakan, walaupun pembiakbakaan dalam boleh menyebabkan dron diploid.

Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makan jeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan; memakan jumlah debunga yang banyak akan menghasilkan ratu bagi genus Melipona. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25%[19] (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu.

Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.[20]

Ratu[sunting | sunting sumber]

Penghasilan ratu baru adalah dengan ratu kelulut bertelur pada sel yang mengandungi madu dan debunga. Sel tersebut telah diisi oleh pekerja.

Lebah pekerja[sunting | sunting sumber]

Lebah jantan[sunting | sunting sumber]

Penghasilan produk[sunting | sunting sumber]

Kelulut dapat menghasilkan 3 produk iaitu madu, propolis, dan roti lebah. Madu kelulut mempunyai khasiat lebih baik berbanding madu lebah biasa.[21]

Madu-tempayan[sunting | sunting sumber]

Bekas yang akan digunakan oleh oleh lebah kelulut untuk menempatkan madunya. Setelah tempayan madu penuh diisi dengan madu, ianya akan ditutup oleh lebah kelulut

Propolis[sunting | sunting sumber]

Propolis ada sejenis bahan yang dibuat oleh lebah yang kebiasaannya dijumpai dalam sarang

Roti lebah[sunting | sunting sumber]

Roti lebah ialah debunga yang banyak dikumpulkan oleh lebah kelulut kepada bentuk granul dengan tambahan madu atau nektar. Ia dijumpai di dalam sel eraman (brood cell) yang dibentuk oleh lebah pekerja. Ianya biasanya diberikan kepada anak kelulut yang baru menetas supaya ia menjadi lebah kelulut yang matang. Rasanya masam dan teksturnya berdebu. Roti lebah dipercayai mengandungi khasiat yang banyak. Roti lebah kelulut mengandungi kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi[22]. Namun, nilai nutrisi roti lebah bergantung kepada asal usul botani pollen dan kawasan geografi.

Meliponikultur[sunting | sunting sumber]

Contoh haif meliponikultur

Penternakan kelulut digelar sebagai meliponikultur. Kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah lalat.[23] Penternak menggunakan pelbagai jenis bentuk haif mengikut kesesuaian sesuatu koloni kelulut. Ada yang terus dari tunggul kayu, kotak haif, atau gabungan kedua-duanya.

Terdapat pelbagai jenis teknik penternakan kelulut. Ini berdasarkan faktor setempat. Di Malaysia terdapat dua jenis seni bina haif bagi membela kelulut iaitu haif 'topping' dan kotak haif.[24] Setiap seni bina mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Bagi haif 'topping', teknik ini diaplikasi dengan memotong tunggul atau batang kayu tempat koloni liar kelulut dijumpai. Kemudian kotak diletakkan di atas tunggul kayu itu. Teknik ini amat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni tersebut masih lagi dibiarkan di dalam kayu. Kelemahan kaedah ini, penternak hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.

Bagi kotak haif pula, memberi kemudahan bagi penternak untuk menuai madu, roti lebah dan propolis. Namun, teknik memindahkan koloni liar dari tunggul kayu ke dalam kotak memerlukan penternak mahir agar telur dan sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stefan, L. Maya Beekeeping Tradition Fades. National Geography. 28 Jun 2008. Diambil 10 Januari 2012.
  2. ^ a b Michener, C D. The bees of the World. Johns Hopkins University Press, 972pp
  3. ^ a b Silveira, F A; Melo, G A R; Almeida, E A B. 2002. Abelhas Brasileiras: Sistemática e Identificação. Fernando A. Silveira, 253pp
  4. ^ Hapizah, A. Khasiat madu lebah kelulut. Utusan Malaysia. 20 Mei 2011. Diambil 10 Januari 2012,
  5. ^ Khairunnisa, S. Potensi madu kelulut. Utusan Malaysia. 30 Mei 2011. Diambil 10 Januari 2012.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2013-12-19.
  7. ^ Cortopassi-Laurino, M C; Imperatriz-Fonseca, V L; Roubik, D W; Dollin, A; Heard, T; Aguilar, I; Venturieri, G C; Eardley, C; Nogueira-Neto, P. 2006. "Global meliponiculture: challenges and opportunities". Apidologie 37: 275–292.
  8. ^ Venturieri, G C; Raiol, V F O; Pareira, C A B 2003. "Avaliação da introfução da criação racional de Melipona fasciculata (Apidae: Meliponina), entre os agricultores familiares de Bragança - PA, Brasil". Biota Neotropica 3(2): 1–7.
  9. ^ Koch, H. 2010. "Combining morphology and DNA barcoding resolves the taxonomy of Western Malagasy Liotrigona Moure", 1961. African Invertebrates 51 (2): 413–421.[1]PDF fulltext Diarkibkan 2011-07-06 di Wayback Machine
  10. ^ Souza, R C S; Yuyama, L K O; Aguiar, J P L; Oliveira, F P M. 2004. "Valor nutricional do mel e pólen de abelhas sem ferrão da região amazônica". Acta Amazonica 34(2): 333–336.
  11. ^ Michener, Charles D. (2007) The Bees of the World. USA: The Johns Hopkins University Press.
  12. ^ Schwarz H F (1948) Stingless bees (Meliponidae) of the western hemisphere. Bull Am Mus Nat Hist 90: 1-546.
  13. ^ Rasmussen C, Camargo JMF. 2008. A molecular phylogeny and the evolution of nest architecture and behavior in Trigona s.s. (Hymenoptera: Apidae: Meliponini). Apidologie 39:102-118.
  14. ^ Bruijn, L.D. 1997. Traits of stingless bees: nests. 5. Pegone.
  15. ^ Sarang lebah kelulut kaya propolis Diarkibkan 2013-12-20 di Wayback Machine. Mingguan Malaysia, 2008-08-17. Capaian 12 April 2012.
  16. ^ Mohd Fahimee, Mohd Norowi J., Hamdan H. S. (2011). Penternakan Kelulut (Teknologi MARDI). Agromedia Bil. 35, m.s 54-57
  17. ^ Anne Dollin. 2001. Natural Hive Duplication (or Eduction): An Alternative Method of Propagating Australian Stingless Bees. Australian Native Bee Research Centre. Capaian 10 November 2013
  18. ^ Velthuis, H. 1997. The biology of stingless bees. Utrecht University, The Netherlands and University of São Paulo, São Paulo, Brazil. C
  19. ^ Kerr, W E. 1950. "Genetic determination of castes in the genus Melipona". Genetics 35: 143–152.
  20. ^ Wenseleers, T., F. L. W. Ratnieks, M. de F. Ribeiro, D. de A. Alves & V. Imperatriz-Fonseca. (2005) "Working-class royalty: bees beat the caste system". Biol. Lett. 1(2): 125–8
  21. ^ Khasiat madu lebah kelulut, Utusan Online.
  22. ^ https://doi.org/10.1080/00218839.2020.1801152
  23. ^ Khairunnisa, S. Norlezah masuk hutan cari kelulut. Utusan Malaysia. 21 November 2011. Diambil 10 Januari 2012.
  24. ^ Mohd Fahimee, J., Hamdan Sipon, Rosliza J. dan Suri R. (2012). Manual Teknologi Penternakan Lebah Kelulut. Serdang: MARDI.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]