Lebai Maadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lebai Maadah atau nama penuhnya Muhammad Maadah bin Layang (1895-1943) merupakan pelapor fahaman Kaum Muda yang banyak membawa perubahan penting di Tanah Melayu dan dilaporkan pernah menjadi guru kepada Shamsiah Fakeh. Beliau lahir pada tahun 1895 di Kampung Jeram Tengkek, kira-kira 28 km dari Kuala Pilah.

Pembaharuan[sunting | sunting sumber]

Lebai Maadah bin Layang dianggap sebagai tokoh reformis kerana beliau membuktikan dalam masa 15 tahun kembali ke negara sendiri, beliau berjaya mencapai sesuatu. Berikut adalah beberapa pencapaian beliau:

  • Beliau merupakan tokoh pertama yang mendirikan sekolah Islam atau madrasah secara formal dan sistematik. Subjek-subjek di sekolah beliau merangkumi pelbagai subjek Islam dan termasuk bahasa Inggeris sebagai subjek tambahan.
  • Penterjemahan Quran beliau dibuat secara harfiyah dan ini terbukti berkesan untuk menguasai ilmu Quran dalam masa yang singkat.
  • Beliau membuka sekolahnya kepada pelajar lelaki dan perempuan tanpa membezakan antara jantina.
  • Beliau mempunyai visi melalui cita-citanya untuk mendirikan kolej pendidikan tinggi seperti Darul Ulum di India.
  • Pendekatan beliau dikatakan satu pembaharuan kerana beliau memperkenalkan pendekatan baru dalam pengambilan pelajar lelaki dan wanita juga dalam kaedah pembelajaran.

Karya[sunting | sunting sumber]

Di antara buku yang ditulis beliau adalah:

  1. Kitab "Percubaan Tuhan" yang membicarakan tentang kepercayaan. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah, 1939 dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
  2. "Urujul Akhwam" diterbitkan The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939.
  3. "Persaudaraan" diterbitkan oleh The Mutbah Al-Zainiah, Bukit Mertajam, 1939.
  4. "Suluh Tengkek" panduan syarahan Islam. Diterbitkan oleh The Teruna Press, Kuala Pilah. 1939

Rujukan[sunting | sunting sumber]