Pergi ke kandungan

Lebuh Ayer Keroh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Persekutuan Malaysia 143 shield
Laluan Persekutuan Malaysia 143
Lebuh Ayer Keroh[1]
ليبوه ايير كروه
Jalan Tun Abdul Razak
جالن تون ابدول رازق
Maklumat laluan
Panjang11.8 km (7.3 bt)
Wujud1993–kini
Simpang utama
Hujung utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 EXIT231 Persimpangan Ayer Keroh
Persimpangan utamaM29 Jalan Durian Tunggal
LP 33 Lebuh SPA
M12 Jalan Gapam-Bemban
M144 Jalan Bukit Katil
M29 Jalan Bukit Beruang
LP 142 Jalan Melaka-Batu Berendam
Hujung selatan LP 142 Jalan Mufti Haji Khalil ke Peringgit atau Batu Berendam
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Ayer Keroh, Batu Berendam, Bukit Baru, Bukit Beruang, Bukit Katil, Durian Tunggal, Peringgit
Sistem lebuh raya

Laluan Persekutuan 143 (dikenali sebagai Lebuh Ayer Keroh atau Jalan Tun Abdul Razak, disingkatkan sebagai FT143) ialah salah satu daripada laluan persekutuan di Malaysia. Jalan raya ini terletak di negeri Melaka dan dikenali sebagai pintu masuk utama untuk ke Bandaraya Melaka dari Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS)[2] kerana ianya dihubungkan secara terus melalui Plaza Tol Ayer Keroh sehingga ke destinasi akhir laluan ini di Peringgit, berdekatan dengan Hospital Melaka. Kebanyakkan lokasi tumpuan pelancongan yang terdapat di Ayer Keroh terletak di sekitar jalan raya ini.

Kesemua bahagian sepanjang Laluan Persekutuan 143 merupakan jalan raya berkembar yang memiliki empat lorong (dua lorong di kedua-dua arah) dan ia dihubungkan juga dengan beberapa jalan utama untuk ke bandar dan pekan lain di Melaka. Terdapat juga sebuah laluan bertingkat di persimpangan MITC yang siap dibina pada tahun 2019 bagi tujuan penyuraian trafik berikutan pertambahan kenderaan yang menggunakan laluan ini terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum[3]. Di bahagian paling selatan laluan ini pula menghubungkan sebuah lagi jejambat yang dibina sebagai sebahagian daripada persimpangan Peringgit.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Lebuh Ayer Keroh lebih dikenali pengguna terutamanya kepada mereka yang melancong ke Bandaraya Melaka memasuki Plaza Tol Ayer Keroh dari Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan[2]. Walaupun laluan ini dikenali sebagai Lebuh Ayer Keroh, namun pewartaan FT143 merangkumi beberapa laluan iaitu bermula selepas sempadan penyelenggaraan PLUS di Plaza Tol Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, Jalan Padang Jambu dan Jalan Peringgit[4]. Keseluruhan laluan FT143 diwartakan sebagai Jalan Protokol, iaitu jenis laluan yang memerlukan bilangan penyelenggaraan rutin melebihi daripada penyelenggaraan yang dilakukan untuk Jalan Persekutuan[4].

Pintu Gerbang Ayer Keroh di laluan FT143 merupakan sebuah kawasan rehat dan rawat.

Laluan FT143 ini terkenal kerana kebanyakkan lokasi pelancongan di Ayer Keroh terletak di sekitarnya, di samping menjadi laluan utama untuk melancong ke Bandaraya Melaka. Sebuah pintu gerbang hiasan telah dibina kira-kira 2 kilometer dari Plaza Tol Ayer Keroh yang bertindak sebagai "pintu masuk" ke negeri Melaka[2]. Selain menghubungkan lokasi-lokasi pelancongan, peranan laluan FT143 sebagai penghubung utama ke ibu negeri Melaka menyebabkan kesan pembangunan menjadi semakin rancak apabila wujudnya taman-taman perumahan dan pusat perniagaan[5].

Disebabkan itu, laluan FT143 sering kali mengalami kesesakan di beberapa lokasi persimpangan oleh kerana peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan ini[6], selain menjadi pilihan utama pengguna untuk ke Lebuhraya Utara-Selatan dari Bandaraya Melaka[7]. Antara lokasi persimpangan yang kerap mengalami kesesakan ialah di Persimpangan MITC, Persimpangan Istana Melaka[3], Persimpangan Air Terjun Bukit Sebukor[3] dan Persimpangan Peringgit. Setakat tahun 2024, hanya dua jambatan telah dibina di Persimpangan MITC dan Persimpangan Peringgit bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik dan memendekkan masa perjalanan ke lokasi pelancongan bersejarah yang terdapat di Bandaraya Melaka[6].

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Laluan alternatif

[sunting | sunting sumber]

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan ini terletak di Melaka.

Petunjuk:

Daerah Subdaerah Km Keluar Nama Destinasi Catatan
Alor Gajah MPHTJ 231 Ayer Keroh-NSE I/C Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2 – Kuala Lumpur, Seremban, Alor Gajah, Jasin, Johor Bahru, Singapura, Ayer Keroh RSA, Ayer Keroh OBR, Kampung Bemban L/B Persimpangan trompet
T/P Plaza Tol Ayer Keroh Touch 'n Go Touch 'n Go SmartTAG MyRFID MyRFID SmartTAG Touch 'n Go Touch 'n Go
0.0 14301 Jalan Durian Tunggal I/S M29 Jalan Durian Tunggal – Durian Tunggal Persimpangan-T, dari Melaka sahaja
14302 Lebuh SPA I/C LP 33 Lebuh SPA – Paya Rumput, Alor Gajah, Sungai Udang, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Persimpangan bunga cengkih
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Menghala selatan
L/B Petronas L/B Petronas L/B – Petronas Menghala selatan
RSA Gateway Arch RSA[8] Gateway Arch RSA – Pusat Informasi Pelancongan Menghala selatan
Sempadan daerah Alor Gajah-Melaka Tengah Pintu Gebang Ayer Keroh
Melaka Tengah RSA Gateway Arch RSA Gateway Arch RSA – Pusat Informasi Pelancongan Menghala utara
Studio Warisan Malaysia Studio Warisan Malaysia – Mini Malaysia, Mini Malaysia Park, Mini ASEAN Park, Ayer Keroh Country Resort Menghala selatan
Hutan simpanan Ayer Keroh Menghala utara
Zoo Melaka Zoo Melaka Menghala selatan
Taman Buaya dan Rekreasi Melaka Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, McDonald's drive-thru [9] Menghala utara
Dataran Sejarah Dataran Sejarah – Pusat Informasi Pelancongan
14303 Jalan Tasik I/S Jalan Tasik – Ayer Keroh Golf and Country Resort LILO
14304 Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya I/S
Persiaran Ayer Keroh – Hang Tuah Jaya, Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Planetarium Melaka, Masjid Al-Alami
LP 264 Jalan Gapam – Gapam, Bemban, Jasin, Kompleks Seri Negeri
Persimpangan berlian
14305 Ayer Keroh
Jalan Ayer Keroh Lama I/S
M29 Jalan Sungai Putat – Bukit Beruang, Batu Berendam, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Persimpangan-T
14306 Ayer Keroh
Kawasan Industri Ayer Keroh I/S
Kawasan Industri Ayer Keroh, Taman Muzaffar Simpang empat
Kawasan Industri Ayer Keroh
Kilang Mamee Double-Decker
MBMB 14307 Bukit Beruang I/S Jalan Istana – Bukit Beruang, Istana Melaka (Kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri), Hospital Pantai , Universiti Multimedia (MMU) (Kampus Melaka)
M144 Jalan Bukit Katil – Bukit Katil, Bemban, Jasin
Simpang empat
14308 Graha Makmur I/S Jalan Graha Makmur – AEON Ayer Keroh, Graha Makmur (MBMB) Simpang empat
Melaka Mall (Plaza Kota Mas) Melaka Mall (Plaza Kota Mas)
14309 Jalan Bukit Beruang I/S M29 Jalan Bukit Beruang – Bukit Beruang
Jalan Datuk Ghani Ali – Duyong, Semabok
Simpang empat
14310 Jalan Penghulu Abbas I/S Jalan Penghulu Abbas – Bukit Baru, Bukit Piatu
Air Terjun Bukit Sebukor[10]
Persimpangan-T
14311 Bukit Sebukor I/S Jalan Pengkalan Batu – Pengkalan Batu
Jalan Bukit Sebukor – Bukit Sebukor
Simpang empat
14312 Batu Berendam
Tun Abdul Ghafar I/S
Jalan Solok Pantai Peringgit – Galeri Ketua Menteri Melaka, Memorial Tun Abdul Ghafar Baba
LP 142 Jalan Batu Berendam – Batu Berendam, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (Lapangan Terbang Batu Berendam) , Bandaraya Melaka, Hospital Melaka , Masjid Al Azim, Bandaraya Bersejarah di Selat Melaka (Tapak Warisan Dunia UNESCO)
Persilangan
  1. ^ "Makluman Penutupan Sementara Sebahagian Jalan FT 143 Lebuh Ayer Keroh Di Persimpangan Simpang 4". MBMB. 5 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2024. Dicapai pada 9 Oktober 2024.
  2. ^ a b c Salman Hamat (25 Disember 2023). "TMM2024: Melaka tingkat keceriaan lapan pintu masuk untuk gamit 18 juta pengunjung". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2024. Dicapai pada 9 Oktober 2024.
  3. ^ a b c Amir Mamat (9 April 2018). "Strategi penyuraian trafik". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
  4. ^ a b "Statistik Jalan Malaysia Edisi 2023" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 September 2024. Dicapai pada 14 Oktober 2024.
  5. ^ "2,000ha approved for new township in Ayer Keroh". New Straits Times. 8 Februari 1996. m/s. 14. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
  6. ^ a b "Lenyapkan 'Melaka Darul Jem'". Sinar Harian. 7 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2019. Dicapai pada 15 Oktober 2024.
  7. ^ Norafiqah Jamal (3 Mei 2022). "Trafik sesak di pintu keluar Tol Ayer Keroh setakat jam 4 petang". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2024.
  8. ^ Nazri Abu Bakar (20 April 2023). "Melaka lancar TIC Mobile pertama di Malaysia". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2023. Dicapai pada 16 Oktober 2024.
  9. ^ "Chilli sauce incident: Melaka police tracking down customer". Malay Mail. 27 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2024. Dicapai pada 18 Oktober 2024.
  10. ^ Mohamad Fazrul Abdul Majid (27 Januari 2023). "Air terjun bercahaya persis filem Avatar". Melaka Hari Ini. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2023. Dicapai pada 19 Oktober 2024.