Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor atau Lebuhraya Assam Jawa - Taman Rimba Templer (LATAR) menghubungkan bandar Rawang, Shah Alam ke Kuala Selangor telah digunakan sejak hari raya 2011. Lebuh raya ini milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB).[1]


Pada 23 Jun 2011 , perasmian dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dekat Plaza Tol Rimba Templer di Kuala Lumpur .

Lebuhraya Latar turut dihubungkan dengan Lebuhraya Pantai Barat sepanjang 286 km. Apabila Lebuh raya Pantai Barat siap, pengguna akan terus ke Changkat Jering di Lebuh raya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak.Ia adalah laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang semakin sesak.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kontraktor mula membina sejak Oktober 2008 .Terdapat tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Assam Jawa, Plaza Tol Kuang Timur/Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer.KLSEB memegang konsesi lebuh raya berkenaan selama 40 tahun.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Masa perjalanan dapat dikurangkan .Dari pekan Ijok ke Kuala Lumpur hanya 30 minit berbanding sejam setengah sebelum ini.

Panjangnya 33 km dengan kos RM958 juta .Ia akan menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk pengambilalihan tanah untuk projek lebuh raya ini.Ia satu daripada projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) iaitu jaringan lebuh raya yang menghubungkan lebuh raya-lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Rangkaian KLORR yang telah siap adalah Lebuh raya Corridor Guthrie (CGE), Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang dan sebahagian Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Enam lebuh raya yang belum siap ialah :

  1. Lebuh Raya Bertingkat Pandan-Cheras-Ampang
  2. Lebuh Raya Guthrie-Damansara
  3. Lebuhraya Damansara-Petaling Jaya
  4. Lebuhraya Pantai Barat (Banting-Taiping)
  5. Lebuh Raya Sungai Dua-Juru
  6. Lebuh Raya Senawang[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]