Pergi ke kandungan

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya E37 shield
Lebuhraya E37
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
Maklumat laluan
Diselenggara oleh ANIH Berhad
Panjang8 km (5.0 bt)
Wujud1977–kini
SejarahSiap pada tahun 1979
Simpang utama
Hujung utaraJalan Istana, Kuala Lumpur
Persimpangan utamaJalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur
Lebuhraya Sungai Besi
Terowong SMART
Lebuhraya Hubungan Timur–Barat
Lebuhraya Baru Pantai Lebuhraya Baru Pantai
Lebuhraya Maju
Lebuhraya Shah Alam
LP 217 Lebuhraya Bukit Jalil
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan
Hujung selatanPlaza tol Sungai Besi
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Kuala Lumpur, Sungai Besi, Taman Desa, Kuchai Lama, Desa Petaling, Sri Petaling, Kompleks Sukan Negara, Seremban, Melaka, Johor Bahru
Sistem lebuh raya
Plaza Tol Sungai Besi adalah plaza tol terbesar di Malaysia.

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E37 adalah sebuah lebuh raya ekspres perbandaran di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sesetengah peta melabelkan lebuh raya ini sebagai Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan memandangkan ia berhubung terus dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan; namun tanggapan tersebut adalah kurang tepat memandangkan sebelum ini lebuh raya tersebut belum diberikan sebarang kod laluan daripada kerajaan. Satu lagi sebab ialah kerana jajaran lebuh raya ini juga tidak diuruskan oleh PLUS Expressway Berhad, sebaliknya diuruskan oleh MetaCorp (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation) - oleh itu, kadar bayaran tol di Plaza Tol Sungai Besi turut memasukkan bayaran tambahan bagi Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban sehingga 2018, kutipan tol dimansuhkan.

Pada tahun 2007, lebuh raya ini diberikan kod laluan E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Hubungan Timur–Barat.

Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban mula dibuka pada tahun 1979. Lebuh raya tersebut menjadi laluan perintis kepada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan. Pembinaan bermula pada tahun 1977 dan dibuka kepada lalu lintas dua tahun kemudian. Kini, nama Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban hanya diguna pakai pada bahagian dari Razak Mansion ke Plaza Tol Sungai Besi setelah PLUS Expressway Berhad mengambil alih bahagian lebuh raya tersebut dari Plaza Tol Sungai Besi dan seterusnya ke arah selatan.

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

(Jambatan Sungai Kuyoh)

(Jambatan Sungai Kerayong)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • ANIH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation)