Pergi ke kandungan

Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebuhraya E14 shieldLaluan Persekutuan Malaysia 38 shield
Lebuhraya E14
Lebuhraya Penyebaran Timur Johor Bahru
Johor Bahru Eastern Dispersal Link Expressway
新山东部疏散大道
Map
EDL dalam merah
Maklumat laluan
Sebahagian daripada AH2
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia
Panjang8.1 km (5.0 mi)
Wujud2007–kini
SejarahSiap pada 2012
Simpang utama
Hujung utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan di Pandan-Tebrau, Johor
Persimpangan utama LP 3 Lebuhraya Tebrau
LP 35 Jalan Permas Jaya-Pasir Gudang
J5 Lingkaran Pantai Timur Johor Bahru
LP 188 Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru
Hujung selatan Lebuhraya Bukit Timah di Tambak Johor
Lokasi
Destinasi
utama
Permas Jaya, Kampung Bakar Batu, Pasir Pelangi, Stulang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri
Johor Bahru Eastern Dispersal Link Expressway

Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (JB EDL) dibina di Johor Bahru pada Mac 2008 bagi mengurangkan kesesakan bandar raya Johor Bahru dan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Chagar (KIK) dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan. Lebuh raya ini telah siap pada 2012 dan dibuka untuk lalu lintas pada 1 April 2012.

Lebuh raya sepanjang 8.1 km bernilai RM977 juta ini dibina oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dan Tebrau Teguh Bhd dan kerajaan negeri Johor. Berikutan itu 2600 keluarga dari 7 buah kampung yang berhampiran akan dipindahkan bagi pelaksanaan projek tersebut. Tebrau Teguh merupakan anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor yang memiliki tanah untuk pembangunan EDL.

Bantahan penduduk

[sunting | sunting sumber]

Tujuh penduduk kampung yang terlibat membuat bantahan kerana mereka dipindahkan , dipisahkan oleh lebuh raya dan pampasan yang tidak memuaskan. Datuk Shahril Abdul Samad yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) , ahli Parlimen Johor Baharu dan Majlis Tertinggi UMNO menuntut penjelasan daripada pihak kontraktor dan arkitek pembinaan. Sepatutnya mereka diberi rumah yang selesa dan luas sesuai dengan konsep Wilayah Pembangunan Iskandar.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman berjanji 2932 penduduk setinggan termasuk 600 penduduk yang benar-benar tinggal di jajaran lebuh raya akan diberi perumahan baru. 2932 unit rumah pangsa kos rendah bernilai RM283 juta diutamakan kepada penduduk 8 kampung terlibat. Kampung yang dikenalpasti ialah Kampung Desa Jaya, Desa Melayu, Desa Makmur, Kampung Tengah, Kampung Belatik, Kampung Tok Siak, Kampung Hajah Hasnah serta Kampung Bakar Batu.

Kerajaan Johor menerusi Jabatan Perumahan Negara juga memperuntukkan RM300 juta bagi membina 2,720 unit rumah pangsa kos rendah bagi 2,720 orang keluarga setinggan di Skudai Kiri dan sekitarnya. Rumah pangsa itu seluas tanah seluas 25.6 hektar di Sungai Melana, Tampoi dan dijangka siap 2010.[1]

Senarai persimpangan

[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan jajaran lebuhraya ini terletak di Daerah Johor Bahru, Johor.

Petunjuk:

km Keluar Nama Destinasi Bil.
lorong
Had
laju
(km/j)
Nota
Menuju ke Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan AH2
1404A
1404B
1404C
Pandan I/C LP 3 AH18 Lebuhraya Tebrau – Pusat Bandaraya, Tampoi, Mersing, Kota Tinggi Empat 110
6.6 RSA Pandan RSA Pandan RSA – TnG POS Enam 90 Menghala selatan
BR Jambatan Anak Sungai Sebulong
RSA Pandan RSA Pandan RSA – Menghala utara
1402
1403A
1403B
Bakar Batu I/C LP 35 Jalan Permas Jaya-Pasir Gudang – Permas Jaya, Pasir Gudang
J5 Lingkaran Pantai Timur Johor Bahru – Bakar Batu, Taman Sentosa
0.0 1401 CIQ I/C LP 188 Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru – Pusat Bandaraya, Skudai, Stulang
T/P Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Touch 'n Go Touch 'n Go 60 Terima bayaran tol elektronik (Touch 'n Go) sahaja
Menuju ke AH2 Tambak Johor
1.000 km = 0.621 mi; 1.000 mi = 1.609 km

Pautan luaran

[sunting | sunting sumber]