Lebuhraya Persekutuan
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Lebuhraya Persekutuan (Tulisan Jawi: لبوهراي ڤرسكوتوان; Cina: 联邦大道, singkatan FH2) ialah sebuah lebuh raya capaian terkawal di Malaysia yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan bandar Klang. Lebuh raya ini bermula dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Bukit Raja di Klang. Lebuhraya Persekutuan dikodkan sebagai Laluan Persekutuan 2.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah lebuh raya ini bermula sejak pemisahan Singapura dari Malaysia, yang mengakibatkan kerajaan menjadikan Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) sebagai pelabuhan utama negara menggantikan Pelabuhan Singapura. Sehubungan itu, kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuh raya bagi menghubungkan Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur dengan menaik taraf jajaran Jalan Kuala Lumpur-Klang sedia ada kepada sebuah lebuh raya penuh melalui penggantian persimpangan lampu isyarat searas kepada persimpangan bertingkat, menjadikan Lebuhraya Persekutuan sebagai lebuh raya ekspres pertama di Malaysia[1]. Dibina melalui pembiayaan daripada Bank Dunia, kerja naik taraf dimulakan dari tahun 1974 sehingga tahun 1977[1]. Lebuhraya Persekutuan pada asalnya ialah lebuh raya 4 lorong kecuali di bahagian Petaling Jaya di mana lebuh raya ini menjadi 6 lorong, tetapi pada tahun 1992 Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine, pemegang konsesi Lebuhraya Utara Selatan telah menaik taraf keseluruhan lebuh raya ini kepada 6 lorong.
Kesan pembinaan
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Persekutuan menjadi lebuh raya utama di kawasan Lembah Klang memandangkan ia menghubungkan bandar raya utama di kawasan tersebut termasuk Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, peningkatan kadar trafik hasil peningkatan menyebabkan kapasiti lebuh raya tersebut mencapai tahap puncaknya pada pertengahan 1990-an dan akibatnya kesesakan jalan raya yang teruk sepanjang lebuh raya tersebut menjadi lumrah terutamanya pada awal pagi dan lewat petang. Dianggarkan sebanyak 25-30 ribu buah kenderaan melalui Lebuhraya Persekutuan pada waktu puncak setiap hari. Sehubungan dengan itu, kerajaan mula membina beberapa lebuh raya baru untuk mengurangkan kesesakan Lebuhraya Persekutuan.[perlu rujukan]
Perkembangan terkini
[sunting | sunting sumber]Kerja naik taraf Persimpangan Lapangan Terbang Subang dan Hubungan Majlis
[sunting | sunting sumber]Kerja naik taraf Persimpangan Lapangan Terbang Subang termasuklah pembinaan jalan hubungan Subang-Kelana dari Jalan Lapangan Terbang Subang (Laluan Persekutuan 15) di Lebuhraya Persekutuan (Laluan Persekutuan 2) ke Persiaran Kewajipan berhampiran Menara Mesiniaga sudah pun bermula pada penghujung tahun 2005 manakala pembinaan Hubungan Majlis pula dilakukan pada September 2005. Kedua-dua projek ialah kendalian Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR). Sementara itu, kontraktor utama yang dilantik ialah Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) dan Ho Hup Construction Company Berhad (HHCC). Hubungan Majlis siap sepenuhnya pada Mac 2007 manakala Persimpangan Lapangan Terbang Subang siap pada September 2009.

Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Mercu tanda
[sunting | sunting sumber]- Mercu tanda utama di Lebuhraya Persekutuan ialah Kota Darul Ehsan, pintu gerbang terbesar di Malaysia yang terletak di Petaling Jaya berhampiran sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Ia dibina atas arahan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena penyerahan Kuala Lumpur kepada kerajaan persekutuan pada 1 Februari 1974.
- Mercu tanda yang lain pula ialah Tugu Keris berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau tetapi sudah dipindahkan ke Simpang Lima.
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Lebuhraya Persekutuan turut mempunyai lorong motosikal bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan antara motosikal dengan kenderaan lain yang lebih besar.
- Bulatan Selangor atau dikenali sebagai Persimpangan Bunga Cengkeh Shah Alam merupakan persimpangan bertingkat bunga cengkih terbesar di Malaysia.
Isu kontroversi
[sunting | sunting sumber]Lorong motosikal yang berbahaya
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Persekutuan dikenali sebagai lebuh raya pertama di Malaysia yang mempunyai lorong motosikal. Walau bagaimanapun, lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan turut dikenali kerana ia dikatakan berbahaya kepada penunggang motosikal, seperti keadaan lorong dan lorong susur yang gelap, sempit dan kurang diselenggara, selekoh yang sangat tajam dan berbahaya, serta keadaan lorong motosikal itu sendiri yang menjadikannya lokasi berisiko terjadinya kes rompakan.[2] Keadaan ini berlaku berikutan lorong motosikal tersebut asalnya direka hanya untuk kegunaan penunggang basikal,[1] dengan had laju reka bentuk serendah 60 km/j.[3]
Peristiwa penting
[sunting | sunting sumber]- 18 Disember 1988 - R Arumugam, pemain bola sepak kebangsaan Malaysia maut dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Petaling Jaya. (Sumber: Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam)
Kadar tol
[sunting | sunting sumber]- Seperti lebuh raya kendalian PLUS lain, terdapat diskaun 10% untuk kenderaan kelas 1 di antara 12:00 tengah malam dan 7:00 pagi (RM0.90 di SGR dan RM1.00 di BTT) sejak 1 Mac 2009.[4]
- Mulai 1 Januari 2018, kadar di Plaza Tol Sungai Rasau dan Plaza Tol Batu Tiga dimansuhkan buat selamanya. Para pengguna Lebuhraya Persekutuan tidak perlu lagi membayar tol di kedua-dua tol ini.
Senarai persimpangan
[sunting | sunting sumber]Had laju bagi semua bahagian laluan ini adalah 90 km/j.
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - Hentian sebelah, V/P - Titik vista, TN - Terowong, T/P - Plaza tol, BR - Jambatan
| Negeri | Daerah | Bandar | km | Keluar | Nama | Destinasi | Bil. lorong |
Nota |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Menuju ke | ||||||||
| Selangor | Klang | Klang | 208 | Klang Bulatan 100 I/C | Jalan Batu Tiga – Pusar bandar Klang, Meru, Kapar | Empat | Persimpangan bulatan | |
| 209 | Bulatan Berkeley I/C | Jalan Batu Tiga Lama – Jalan Dato' Mohd Sidin (Jambatan Connaught) Persiaran Rajawali – Taman Berkeley, Bukit Raja |
Enam | |||||
| Susur keluar Persiaran Bukit Raja 1 | Persiaran Bukit Raja 1 – Bandar Baru Klang | Menghala Kuala Lumpur | ||||||
| 5.6-5.7 | Sungai Rasau I/C | Jalan Batu Tiga Lama – Jalan Dato' Mohd Sidin (Jambatan Connaught) |
||||||
| Menghala Kuala Lumpur | ||||||||
| Sempadan Daerah Klang–Petaling | BR | Jambatan Sungai Rasau | ||||||
| Petaling | Shah Alam | Susur keluar Sungai Rasau | Jalan Batu Tiga Lama – Jalan Sungai Rasau | Menghala Klang | ||||
| I-City I/C | Persiaran I-City – I-City | Persimpangan terus ke I-City | ||||||
| T/P | Bekas Tapak Plaza Tol Sungai Rasau | Operasi tol dihentikan | ||||||
| L/B | Sungai Rasau L/B | Pusat Maklumat Pelanggan |
Menghala Kuala Lumpur | |||||
| Padang Jawa I/C | Jalan Padang Jawa – Padang Jawa, Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) negeri Selangor |
Lapan | Persimpangan berlian | |||||
| 9.0 | L/B | Shah Alam L/B | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| 9.0 | L/B | Shah Alam L/B | Menghala Klang | |||||
| 11.0 | Bulatan Selangor I/C (Shah Alam Utama I/C) | Enam | Persimpangan bunga cengkih | |||||
| 13.0 | L/B | Petronas L/B | Menghala Klang, Sebelah Perkuburan Cina | |||||
| 13.0 | Bulatan Melawati I/C | Persimpangan bulatan | ||||||
| 14.6 | L/B | Petron dan Shell L/B | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| Susur keluar Persiaran Selangor | Lapan | Menghala Klang | ||||||
| 14.9 | BR | Jambatan Sungai Damansara | ||||||
| 15.0 | Batu Tiga I/C | Persimpangan berlian | ||||||
| Tropicana Metropark I/C[5] | Tropicana Metropark, Persiaran Teknologi Subang, Persiaran Setia, USJ | Persimpangan terus | ||||||
| T/P | Bekas Tapak Plaza Tol Batu Tiga | Operasi tol dihentikan | ||||||
| 16.9 | L/B | Batu Tiga T/P L/B | Pusat Maklumat Pelanggan |
Menghala Kuala Lumpur | ||||
| 17.0 | L/B | Batu Tiga L/B | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| 17.2 | BR | Jambaran lintasan keretapi | 10 Landasan bawah pembinaan | |||||
| 17.9 | Subang Jaya I/C | Persiaran Tujuan – Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Subang Parade, Empire Subang | Persimpangan bunga cengkih | |||||
| 18.0 | L/B | Shell dan Petronas L/B | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| 17.9 | Subang Airport I/C | Enam | Persimpangan bertenggek | |||||
| Petaling Jaya | 18.2 | 219 | Susur keluar Subang Jaya | Menghala Klang | ||||
| 220 | Susur keluar Kawasan Perindustrian Bebas | Jalan SS 8/2 – Sungai Way FIZ, SS1 | Lapan | Menghala Kuala Lumpur | ||||
| 221 | Susur keluar KGNS | Jalan SS 7/2 – Kelab Golf Negara Subang, SS7, Kelana Jaya, Stadium Petaling Jaya | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| Stesen Komuter Setia Jaya | Stesen Komuter Setia Jaya – KTM Komuter&B1 | Menghala Klang | ||||||
| 21.1 | 222 | Sunway I/C | Persimpangan berlian berpisah pelbagai-tingkat | |||||
| 223 | Susur keluar Seri Setia | Jalan SS 9a/1 – Sungai Way, Seri Setia, Kelana Jaya | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| 27.0 | Stesen Komuter Seri Setia | Stesen Komuter Seri Setia – KTM Komuter | Enam | Menghala Klang | ||||
| 224 | Susur keluar Lebuhraya NPE | Dari/Ke Klang Sahaja | ||||||
| 225 | Susur keluar Jalan 227 | Jalan 225 – Kota Lama Petaling Jaya | Menghala Kuala Lumpur | |||||
| BR | Jambatan Sungai Penchala | |||||||
| 31.3 | 226 | Templer I/C | Jalan Templer – Petaling Jaya Old Town Jalan PP Narayanan (Jalan 222) – Petaling Jaya Selatan (PJS) |
Lapan | Persimpangan berlian | |||
| 32.4 | 227 | Jalan Utara I/C | Petaling Jaya Inner Ring Road – Jalan Utara, Jalan Barat, Petaling Jaya city centre, |
Persimpangan berlian | ||||
| 33.1 | 228 | Jalan Timur I/C | Petaling Jaya Inner Ring Road – Jalan Timur, Jalan Utara, Petaling Jaya city centre, |
Persimpangan berlian | ||||
| 229 | Susur keluar Jalan Gasing | Jalan Universiti – Universiti Malaya Pusat Perubatan Universiti Malaya Jalan Gasing – Petaling Jaya Old Town |
Persimpangan berlian separa Dari/Ke Kuala Lumpur sahaja | |||||
| Sempadan Selangor–Kuala Lumpur | Kota Darul Ehsan | |||||||
| Kerinchi I/C | Jalan Pantai Baharu –Kg. Kernchi, Bangsar, Menara Telekom, Kerinchi LRT station Jalan Kerinchi –Bangsar Selatan (Kerinchi), Stesen LRT Universiti, KL-Gateway |
10 (atau 6) | Persimpangan halaan T lebuhraya Persimpangan berlian Persimpangan bertenggek | |||||
| Susur keluar Mid Valley | Bangsar–Petaling Jaya Bypass – Bangsar Lingkaran Syed Putra –Mid Valley City, Mid Valley Megamall, The Gardens, |
Lapan | Dari/Ke Klang sahaja | |||||
| BR | Jambaran lintasan keretapi | Landasan 1 2 | ||||||
| BR | Jambatan Sungai Klang | 12 | ||||||
| Susur keluar NPE | 4+8 | Ramp pintasan ke NPE sahaja Dari Kuala Lumpur sahaja | ||||||
| Seputeh I/C | Empat | Persimpangan bertenggek | ||||||
| Menuju ke | ||||||||
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c I REMEMBER WHEN... Federal Highway was constructed - New Straits Times Online. Dicapai pada 23 Mac 2009.
- ^ Death traps on the Federal Highway Diarkibkan 2012-04-06 di Wayback Machine - The Star Online. Dicapai pada 23 Mac 2009.
- ^ Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A Guide on Geometric Design of Roads, Jabatan Kerja Raya Malaysia Diarkibkan 2011-08-25 di Wayback Machine - oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
- ^ Diskaun tol 10 peratus, Utusan Online. Dicapai 26 Mac 2009.
- ^ "Tropicana project enhances Subang, Shah Alam". 1 June 2017.
- ^ "Starbucks Drive-Thru Petronas Federal Highway Opening Promotions ⋆ More Promo". 14 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2016. Dicapai pada 14 November 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- PLUS Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
- Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
