Pergi ke kandungan

Lebuhraya Hubungan Timur–Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Lebuhraya Salak)
Lebuhraya E37 shield
Lebuhraya E37
Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
Maklumat laluan
Diselenggara oleh ANIH Berhad
Panjang13 km (8.1 bt)
Wujud1992–kini
SejarahSiap pada tahun 1994
Simpang utama
Hujung timurPersimpangan Taman Connaught
Persimpangan utama LP 1 Jalan Cheras
Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban
Lebuhraya Cheras–Kajang
Lebuhraya Maju
LP 2 Lebuhraya Persekutuan
Hujung baratPersimpangan Seputeh
Lokasi
NegaraMalaysia
Destinasi
utama
Cheras, Bandar Tun Razak, Taman Desa
Sistem lebuh raya

E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL atau Lebuhraya Salak adalah sambungan daripada Lebuhraya Persekutuan dari Seputeh ke Taman Connaught di Cheras. (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Timur-Barat laluan LP 4 dari Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan) Lebuh raya ini adalah sebahagian daripada Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Tenggara.

Sesetengah peta melabelkan bahagian lebuh raya ini dari Persimpangan Seputeh ke Persimpangan Salak Selatan sebagai sebahagian daripada Lebuhraya Persekutuan LP 2 (FHR2), tetapi tanggapan tersebut adalah tidak tepat memandangkan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dikendalikan oleh Metacorp dan bukannya oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang menyelenggara sebahagian besar bahagian Lebuhraya Persekutuan. Pada tahun 2007, lebuh raya ini dikodkan sebagai E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban.

Lebuh raya ini dibina pada tahun 1992. Bahagian pertama Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari Seputeh ke Persimpangan Salak (sambungan bagi Lebuhraya Persekutuan) telah dinaik taraf kepada enam lorong pada tahun 1993. Lebuh raya ini akhirnya siap dan dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas pada Ogos 1994.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • ANIH Berhad (Dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation Sdn Bhd)