Lebuhraya Tampines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

UK motorway symbol.svg

Lebuhraya Tampines
Kedudukan Lebuhraya Tampines di dalam peta.
Maklumat laluan
Panjang14 km (9 mi)
SejarahSiap pada tahun 1996
Persimpangan utama
Hujung baratYio Chu Kang (CTE, SLE)
 CTE, SLE, PIE, KPE
Hujung timurTampines (PIE)
Lokasi
Kawasan:Seletar, Sengkang, Punggol, Lorong Halus, Pasir Ris, Tampines
Sistem lebuhraya
Rangkaian Lebuhraya Singapura
Lebuhraya Tampines dari jejambat Jalan Kayu.

Lebuhraya Tampines (kependekan: TPE; Cina Ringkas: 淡滨尼高速公路; pinyin: Dànbīnní Gāosù Gōnglù; Bahasa Inggeris: Tampines Expressway) adalah sebuah lebuh raya di bahagian timur laut Singapura, menghubungkan Lebuhraya Seluruh Pulau (PIE) berhampiran Lapangan Terbang Changi Singapura di bahagian timur dengan Lebuhraya Tengah (CTE) dan Lebuhraya Seletar (SLE) di bahagian utara.

Bahagian asal lebuh raya ini bermula dari penghujung Jalan Tampines berhampiran Lorong Halus dan berterusan ke arah timur untuk menghubungkan PIE, serta melalui kawasan Tampines dan Pasir Ris. Pemanjangan seterusnya di bahagian barat laut dibuat bagi menghubungkan TPE dengan CTE dan SLE untuk menghubungkannya dengan kawasan perumahan baru di Sengkang dan Punggol serta menyediakan satu laluan lebuh raya terus antara bahagian utara dan timur pulau.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]