Lebuhraya Tun Razak
| Laluan Persekutuan 12 | |
|---|---|
| Lebuhraya Tun Razak | |
![]() | |
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 146.8 km (91.2 bt) |
| Wujud | 1970[1]–kini |
| Sejarah | Siap pada tahun 1983[2] |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | Gambang, Pahang |
| Hujung selatan | Segamat, Johor |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Destinasi utama | Kuantan Paluh Hinai Pekan Bandar Muadzam Shah Bandar Tun Abdul Razak Bahau |
| Sistem lebuh raya | |
Lebuhraya Tun Razak laluan
LP 12, juga dikenali sebagai Lebuhraya Segamat-Kuantan adalah laluan persekutuan sejauh 146.8 km[3] bermula dari Segamat, Johor ke Gambang sebelum melalui baki 38 km melalui Laluan Persekutuan
LP 2 di Gambang berhampiran Kuantan, Pahang. Jalan persekutuan 2 lorong ini dinamakan sempena Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang dikenali sebagai bapa Pembangunan Malaysia.
Latar belakang laluan
[sunting | sunting sumber]Kilometer Sifar bagi Laluan Persekutuan 12 ini terletak di Segamat, Johor, di persimpangannya dengan Laluan Persekutuan
LP 1, jalan raya utama di bahagian tengah Semenanjung Malaysia. Seterusnya, lebuh raya ini melintasi sempadan Johor-Pahang dekat Perwira Jaya di sebelah Pahang.
Laluan Persekutuan 12 seterusnya melintasi Laluan Persekutuan
LP 11 di Bandar Tun Abdul Razak. Seterusnya, lebuh raya ini bersilang dengan Laluan Persekutuan
LP 63 di Persimpangan Bandar Muadzam Shah. Selepas itu, lebuh raya ini menyeberangi Sungai Pahang di Paluh Hinai. Akhir sekali, lebuh raya tamat di Gambang, Pahang, di persimpangan 4 hala dengan Laluan Persekutuan
LP 2, jalan raya timur-barat utama antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Lebuhraya Tun Razak adalah hasil ilham Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah.[2] Pembinaan lebuh raya ini bermula pada tahun 1970 dan siap pada tahun 1983.[1][2] Sultan Haji Ahmad Shah sendiri merasmikan pembukaan Lebuhraya Tun Razak pada tahun 1983 semasa baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong pada ketika itu.[2] Lebuhraya Tun Razak kemudian diwartakan sebagai Jalan Persekutuan
LP 12 pada 19 Oktober 1989.[3]
Dibina di bawah Dasar Ekonomi Baru Malaysia, lebuh raya persekutuan 2 lorong ini dibina atas sebab berikut:-[4]
- Untuk memendekkan jarak perjalanan dari bandar-bandar utama di kawasan barat laut seperti Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Melaka ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
- Untuk merancakkan pembangunan di kawasan mundur di selatan Pahang.
Walaupun lebuh raya ini secara amnya lurus dengan kurang selekoh tajam, Lebuhraya Tun Razak sangat dikenali kerana sering menjadi lokasi kemalangan, terutamanya pada beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan pertambahan aliran lalu lintas. Pada 20 Jun 2010, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, mencadangkan agar Lebuhraya Tun Razak dinaik taraf kepada lebuh raya 4 lorong sebagai langkah pencegahan untuk mengurangkan kemalangan.[1]
Senarai persimpangan
[sunting | sunting sumber]Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, R/R – Plaza Restoran dan Rehat, L/B - Hentian sebelah, V/P - Titik vista, TN - Terowong, T/P - Plaza tol, BR - Jambatan
| Negeri | Daerah | km | Keluar | Nama | Destinasi | Nota |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Menuju ke | ||||||
| Kuantan | 146.8 | 17 | Gambang I/S | |||
| 146.8 | RSA | Gambang RSA | Menghala ke Segamat | |||
| BR | Jambatan Sungai Belat | |||||
| 16 | Kampung Sungai Semuji I/S | Agro Resort Sungai Semuji | ||||
| Kampung Dagon | ||||||
| 15 | Felda Lepar Hilir I/S | Jalan Felda Lepar Hilir – Felda Lepar Hilir | ||||
| 139.0 | LB | Caltex L/B | Menghala ke Kuantan | |||
| Kampung Batu Lima | ||||||
| Kampung Batu Enam | ||||||
| Pekan | Lepar | |||||
| Kampung Kecupu | ||||||
| 127.0 | LB | BHPetrol L/B | Menghala ke Segamat | |||
| 14 | Paluh Hinai North I/S | Bertindih dengan | ||||
| 13 | Paluh Hinai North I/S | |||||
| BR | Jambatan Sungai Pahang | |||||
| 12 | Paluh Hinai I/S | |||||
| RSA | Paluh Hinai RSA | Menghala ke Kuantan | ||||
| Stesen Penguatkuasa JPJ | Menghala ke Segamat | |||||
| Bandar Dua Paluh Hinai | ||||||
| 11 | Jalan Bandar Chini I/S | Jalan Bandar Chini – Bandar Chini, Bandar Satu Paluh Hinai, Tasik Chini | ||||
| 107.0 | RSA | Chini RSA | Menghala ke Segamat | |||
| Kampung Cawai | ||||||
| 10 | Kota Perdana I/S | |||||
| Kampung Kelentok | ||||||
| 9 | Bandar Muadzam Shah I/S | Jalan Bandar Muadzam Shah – Bandar Muadzam Shah town center, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Muadzam Shah |
||||
| 73.0 | RSA | Bandar Muadzam Shah R//R (RSA) | Kedua-dua hala | |||
| 8 | Bandar Muadzam Shah I/C | |||||
| Rompin | Gadak Orang Asli Village | |||||
| BR | Sungai Rompin bridge | |||||
| Kampung Jemekat | ||||||
| I/S | Felda Keratong I/S | Felda Keratong | ||||
| 7 | Kota Bahagia-Melati I/S | Jalan Kota Bahagia-Melati – Kota Bahagia, Kota Iskandar, Melati, Bandar Bera, Tasik Bera |
||||
| BR | Sungai Keratong bridge | |||||
| I/S | Felda Keratong 10 I/S | Felda Keratong 10 | ||||
| BR | Sungai Pesek bridge | |||||
| 6 | Bandar Tun Abdul Razak I/S | |||||
| Felda Keratong 5 I/S | Felda Keratong 5 | |||||
| 5 | Chanis I/S | Jalan Chanis - Chanis, Felda Keratong 6 & 7 | ||||
| BR | Sungai Keratong bridge | |||||
| RSA | Risda Keratong RSA | Menghala ke Segamat | ||||
| Stesen Penguatkuasa JPJ | Menghala ke Segamat | |||||
| Chenderawasih I/S | Jalan Chenderawasih - Chenderawasih | |||||
| Pekoti Timur | ||||||
| 4 | Perwira Jaya I/S | Jalan Perwira Jaya – Perwira Jaya, Felda Selancar | ||||
| Segamat | Kampung Cempaka | |||||
| 3 | Felda Pemanis I/S | Jalan Felda Pemanis – Felda Pemanis | ||||
| BR | Sungai Kapeh bridge | |||||
| 2 | Kampung Bangas I/S | |||||
| Kampung Tadok | ||||||
| Pusat Operasi Gas Petronas, Segamat | Pusat Operasi Gas Petronas, Segamat | |||||
| RSA | Gerai buah-buahan Segamat | Menghala ke Kuantan | ||||
| 1.1 | I/S | Taman Yayasan | Taman Yayasan | |||
| 0.0 | 1 | Tun Abdul Razak I/S | ||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Jalan Kuantan-Segamat perlu dinaik taraf". Berita Harian. 20 June 2010. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]
- ^ a b c d "Pidato Umum Naib Canselor Memperkenalkan Graduan Kehormat Majlis Konvokesyen Komemoratif". Universiti Malaysia Pahang. 3 October 2009. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]
- ^ a b Senarai Jalan Persekutuan Utama - Jabatan Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 2012-06-02.
- ^ "Kronologi Pembangunan Segamat". Pejabat Tanah Segamat. Dicapai pada 2 June 2012.[pautan mati kekal]

