Pergi ke kandungan

Ledakan alga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
example of algal bloom
Sungai dalam sebuah perkampungan gunung kecil berhampiran Chengdu, China, tahun 2005 yang tampak kehijauan kerana banyak alga sewarna

Ledakan alga atau kembangan alga (algae bloom) adalah peningkatan pesat taburan alga terutamanya yang jenis sel tunggal[1] dalam sistem air-air tawar (seperti sungai dan tasik) atau yang masin (seperti di laut); peningkatan ini sering dikenal pasti dari perubahan warna dalam jasad air yang diperhatikan kerana padatnya pigmen dalam alga.[2] Pertambahan ini disebabkan nutrien berlebihan seperti nitrogen atau fosforus dari sumber luar misalnya sisa baja atau kumbahan yang tersalur memasuki jasad-jasad air ini.[2]

Keadaan ini boleh menjejaskan ekosistem sekitar di mana kepadatan bilangan alga boleh menghalang cahaya matahari daripada sampai organisma lain, menurunkan kadar oksigen dalam air malah adakala juga melepaskan toksin berbahaya ke dalam air lalu boleh membahayakan haiwan atau ekologi termasuk menyebabkan kematian ikan ternakan dan penjejasan bekalan air petempatan.

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Mekar adalah hasil nutrien yang diperlukan oleh alga tertentu ke sistem akuatik tempatan. Nutrien yang membatasi pertumbuhan ini biasanya nitrogen atau fosforus, tetapi juga zat besi, vitamin, atau asid amino.[1] Cara nutrien lebihan ini dibawa masuk merangsang taburan alga ini bergantung kepada lokasi.

Ledakan air masin

[sunting | sunting sumber]

Di laut terbuka dan pesisiran pantai, air laut yang terjulang baik dari pergerakan angin kencang mahupun bentuk dasar laut boleh menarik nutrien naik aras laut disinari matahari[3] lalu boleh dikesan fitoplankton yang memakan nutrien banyak ini; plankton-plankton jenis ini mengandungi klorofil membantu menyerap cahaya matahari menghasilkan tenaga sendiri melalui fotosintesis yang turut mewarnakan persekitaran.

Ledakan air tawar

[sunting | sunting sumber]

Di sepanjang kawasan pesisir dan dalam sistem air tawar, limpahan sisa kegiatan manusia baik dari pertanian, pembangunan bandar, serta kumbahan boleh menggalakkan pertumbuhan alga[4] terutamanya jika limpahan tersebut mengandungi beberapa fosfat[5][6] atau fosforus (dari produk pembersih lantai).[7] Di tasik yang berstrata pada musim panas, pergantian musim luruh dapat melepaskan sejumlah besar fosfor yang tersedia secara bio yang berpotensi mencetuskan bunga alga sebaik sahaja cahaya fotosintetik mencukupi.[8] Kandungan karbon dan nitrogen yang berlebihan juga disyaki menjadi penyebabnya, begitu juga kehadiran natrium karbonat yang mampu menjadi pemangkin tindak balas melarutkan karbon dioksida menggalakkan fotosintesis alga.

Kesan terhadap alam sekitar

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 2% dari lebih dari 5000 spesies fitoplankton diketahui berbahaya atau beracun.[9] Maka, peledakan pentaburan plankton ini dapat mengesan kepada ekosistem lautan bergantung pada jenis spesies, lingkungan, dan mekanisme biokimia alga yang mempengaruhi sekitarannya lalu mampu mendatangkan ancaman membahayakan.

Sebagai contoh, brevetoksin yang terkumpul dari plankton dinoflagellata Karenia brevis merupakan penyebab utama seberapa kes kematian besar-besaran haiwan tertentu yang teracun melalui pemakanan sumber memvektorkan plankton ini seperti lumba-lumba hidung botol di Florida musim bunga tahun 2004 (disebabkan pemakanan ikan dari genus Brevoortia dan Ethmidium);[10] manati (melalui rumput laut Thalassia testudinium),[10] dan penyu tempayan yang terlumpuh otot (akibat makanan laut terjejas) sehingga dihanyut arus ke pantai.[11] Ikan paus sikat Atlantik boleh terdedah kepada neurotoksin akibat memakan zooplankton berbahaya[12] terutamanya beberapa jenis dinoflagellata toksik seperti Alexandrium fundyense yang dimakan kopepod seterusnya berkumpul dalam rantai makanan pada tahap yang mampu menyebabkan gangguan kepada pernafasan, tabiat pemakanan, dan kondisi pembiakan.[12]

Makanan laut tercemar dari toksin alga juga telah menyebabkan kematian manusia[13] dan semakin sering dipantau.[14][15] Di Afrika Selatan misalnya, Alexandrium catanella menjadi makanan bagi kerang laut sehingga toksin terakumulasi dan tidak selamat dimakan manusia.[16]

  1. ^ a b Barsanti, Laura; Gualtieri, Paolo (2014). Algae: Anatomy, Biochemistry, And Biotechnology. Boca Raton, FL: CRC Press. m/s. 1. ISBN 978-1-4398-6733-4.
  2. ^ a b Ferris, Robert (26 Julai 2016). "Why are there so many toxic algae blooms this year". CNBC. Dicapai pada 27 July 2016.
  3. ^ Hallegraeff, Gustaaf M.; Anderson, Donald Mark; Cembella, Allan D.; Enevoldsen, Henrik O. (2004). Manual on harmful marine microalgae (ed. Second revised). Paris: UNESCO. ISBN 9231039482. OCLC 493956343.
  4. ^ Gilbert, Patricia M.; Anderson, Donald M.; Gentien, Patrick; Graneli, Edna; Sellner, Kevin G. (2005). "The Global Complex Phenomena of Harmful Algal Blooms". Oceanography. 8 (2): 130–141.
  5. ^ Diersling, Nancy. "Phytoplankton Blooms: The Basics" (PDF). NOAA FKNMS. Dicapai pada 26 December 2012.
  6. ^ Hochanadel, Dave (10 December 2010). "Limited amount of total phosphorus actually feeds algae, study finds". Lake Scientist. Dicapai pada 10 June 2012. [B]ioavailable phosphorus – phosphorus that can be utilized by plants and bacteria – is only a fraction of the total, according to Michael Brett, a UW engineering professor ...
  7. ^ Gilbert, P. A.; Dejong, A. L. (1977). "The use of phosphate in detergents and possible replacements for phosphate". Ciba Foundation Symposium. Novartis Foundation Symposia (57): 253–268. doi:10.1002/9780470720387.ch14. ISBN 9780470720387. PMID 249679.
  8. ^ "Storm-triggered, increased supply of sediment-derived phosphorus to the epilimnion in a small freshwater lake". Freshwater Biological Association. 18 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2019. Dicapai pada 26 October 2019.
  9. ^ Landsberg, J. H. (2002). "The effects of harmful algal blooms on aquatic organisms". Reviews in Fisheries Science. 10 (2): 113–390. doi:10.1080/20026491051695.
  10. ^ a b Flewelling, L. J.; dll. (2005). "Red tides and marine mammal mortalities". Nature. 435 (7043): 755–756. doi:10.1038/nature435755a. PMC 2659475. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  11. ^ Walsh, C. J.; dll. (2010). "Effects of brevetoxin exposure on the immune system of loggerhead sea turtles". Aquatic Toxicology. 97 (4): 293–303. doi:10.1016/j.aquatox.2009.12.014. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  12. ^ a b Durbin E et al (2002) North Atlantic right whale, Eubalaena glacialis, exposed to paralytic shellfish poisoning (PSP) toxins via a zooplankton vector, Calanus finmarchicus. Harmful Algae I,: 243-251 (2002)
  13. ^ "Red Tide FAQ - Is it safe to eat oysters during a red tide?". www.tpwd.state.tx.us. Dicapai pada 2009-08-23.
  14. ^ Florida Fish and Wildlife Research Institute. "Red Tide Current Status Statewide Information". research.myfwc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-22. Dicapai pada 2009-08-23. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ "Red Tide Index". www.tpwd.state.tx.us. Dicapai pada 2009-08-23.
  16. ^ "Red Tide Fact Sheet - Red Tide (Paralytic Shellfish Poisoning)". www.mass.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-26. Dicapai pada 2009-08-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)