Lee Hye-ri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Lee.
Lee Hye-ri
20160910 걸스데이 혜리 세븐일레븐 도시락 팬사인회 (2).jpg
Lee pada bulan September 2016
Nama asal이혜리
KelahiranLee Hye-ri
(1994-06-09) 9 Jun 1994 (umur 24)
Korea Selatan Gwangju, Gyeonggi, Korea Selatan
PendidikanUniversiti Konkuk
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pelakon
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–sekarang
Syarikat rakaman
Dream Tea Entertainment
Kegiatan berkaitan
Girl's Day
Lee Hye-ri
Hangul
Perumian SemakanI Hye-ri
McCune–ReischauerYi Hyeri

Lee Hye-ri (Hangul: 이혜리; lahir 9 Jun 1994) lebih dikenali sebagai Hyeri, ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Girl's Day. Beliau terkenal dengan lakonannya di dalam drama Reply 1988 (2015) dan Entertainer (2016).

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hyeri lahir di Gwangju, Gyeonggi, Korea Selatan.[1] Beliau mempunyai seorang adik perempuan bernama Hye-rim.[2] Ketika masih belajar di sekolah menengah, Hyeri telah ditinjau oleh Dream Tea Entertainment dan kemudiannya menyertai Girl's Day.[3] Beliau kemudiannya menghadiri Sekolah Seni Persembahan Seoul dan kini menyambung pengajian di Universiti Konkuk.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 2010, Hyeri diumumkan sebagai ahli baru Girl's Day bersama Yura selepas Jiin dan Jisun meninggalkan kumpulan ini, dua bulan selepas kemunculan pertama mereka. Pada tahun 2012, Hyeri membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama SBS, Tasty Life.[5]

Hyeri dipilih untuk berlakon di dalam drama jTBC, Seonam Girls High School Investigators yang mula disiarkan pada bulan Disember 2014.[6] Pada lewat tahun 2014, beliau telah dipilih untuk berlakon di dalam drama SBS, Hyde Jekyll, Me yang mula disiarkan pada bulan Januari 2015.[7]

Pada tahun 2015, Hyeri telah dipilih untuk melakonkan watak utama di dalam drama tvN, Reply 1988.[8] Drama ini mula disiarkan pada bulan November dan merupakan satu kejayaan dengan rating penonton setinggi 18.8%.[9] Hyeri menerima pujian untuk persembahan lakonannya sebagai Sung Duk-seon.[10]

Pada bulan Mac 2016, Hyeri dipilih untuk melakonkan watak utama di dalam drama SBS, Entertainer bersama Ji Sung dan Kang Min-hyuk. Beliau memenangi "Anugerah Bintang Baru" di Anugerah Drama SBS 2016 untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini.[11]

Pada bulan Mac 2017, Hyeri telah diumumkan akan membuat penampilan pertamanya di dalam layar besar menerusi filem Monster.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2017 Monster Myung

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2012 Tasty Life Jang Mi-hyun SBS
2014–15 Seonam Girls High School Investigators Lee Ye-hee JTBC
2015 Hyde Jekyll, Me Min Woo-jung SBS
2015–16 Reply 1988 Sung Duk-seon / Sung Soo-yeon tvN
2016 Entertainer Jung Geu-rin SBS
2017 Two Cops Song Ji-an MBC

Rancangan varieti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
2014 Real Men Ahli MBC Istimewa Tentera Wanita (Musim 1)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]