Lee Jordan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Lee Jordan
Harry Potter, dilakonkan oleh Luke Youngblood,
Lee Jordan
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Hijau
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir
Dilakonkan oleh Luke Youngblood
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Lee Jordan merupakan sahabat Fred dan George Weasley dan pengulas untuk setiap perlawanan Quidditch ketika beliau masih belajar di Hogwarts. Ulasannya selalu berpihak pada Gryffindor, dan kadang-kala melencong daripada perlawanan (misalnya mengulas kecantikan Angelina Johnson, memberi pendapat tentang Firebolt, dan mengat pasukan Slytherin yang bermain kotor). Dalam perlawanan, beliau selalu diiringi McGonagall yang seringkali menegurnya apabila Lee mengarut dan tidak mengulas perlawanan tersebut. McGonagall turut mengugut untuk menggantikan tempatnya jika dia terus mengarut. Walau bagaimanapun, Lee tetap menjadi pengulas sehingga dia tamat belajar di Hogwarts.

Dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, Lee melepaskan 2 ekor Niffler melalui tingkat Dolores Umbridge. Dan dia kelihatan murung setelah Fred dan George meninggalkan sekolah dan jelas kehilangan rasa jenakanya.

Setelah Lee lulus, dalam buku keenam, jawatan pengulas diambil alih oleh Zacharias Smith dan Luna Lovegood.

Watak Lee dalam filem dimainkan oleh Luke Youngblood. Walau bagaimanapun, ulasan mengarut Lee yang lucu tidak pernah muncul dalam filem.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]