Lee Nak-yeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lee Nak-yeon
이낙연
Prime Minister designate Lee Nak-yeon Press Conference 06 (34185239750).png
Perdana Menteri Korea Selatan ke-45
Memegang jawatan
31 Mei 2017
PresidenMoon Jae-in
Digantikan olehYoo Il-ho (Pemangku)
Gabenor Wilayah Jeolla Selatan ke-37
Dalam jawatan
1 Julai 2014 – 10 Mei 2017
Didahului olehPark Jun-young
Digantikan olehKim Gap-seop (Pemangku)
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
30 Mei 2000 – 15 Mei 2014
Didahului olehKim In-gon
Digantikan olehLee Gae-ho
Kawasan pilihan rayaDamyang
Hampyeong
Yeonggwang
Jangseong
Butiran peribadi
Lahir (1951-12-05) 5 Disember 1951 (umur 68)
Daerah Yeonggwang, Wilayah Jeolla Selatan, Korea Selatan
Parti politikDemokrat
PasanganKim Suk-hee
Anak-anak1
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul

Lee Nak-yeon (bahasa Korea:이낙연, lahir 5 Disember 1951), juga dikenali sebagai Lee Nak-yon, adalah seorang ahli politik Korea Selatan yang juga Perdana Menteri Korea Selatan ke-45.[1][2] Beliau pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Jeollanam-do.[1] Sebelum berkhidmat sebagai gabenor, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk Dong-a Ilbo dan berkhidmat sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan selama empat penggal.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lee dilahirkan pada 5 Disember 1951 di Daerah Yeonggwang di Wilayah Jeolla Selatan. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Seoul dengan ijazah dalam undang-undang, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk akhbar harian Dong-a Ilbo sehingga tahun 2000.[3]

Kerjaya awal politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai politik pada tahun 2000 "berdasarkan hubungan beliau dengan bekas Presiden Kim Dae-jung beliau tubuhkan ketika membuat liputan politik."[4] Selepas berkhidmat untuk Dong-a Ilbo, beliau dipilih sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 2000 dan berkhidmat selama empat penggal.[2] Beliau juga berkhidmat sebagai jurucakap bekas Presiden Roh Moo-hyun ketika beliau menjadi presiden terpilih pada tahun 2002.[5]

Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Mei 2017, beliau telah dicalonkan oleh Presiden Moon Jae-in untuk menjadi Perdana Menteri Korea Selatan, menggantikan Hwang Kyo-ahn. Beliau meninggalkan jawatan sebagai Gabenor Wilayah Jeolla Selatan pada hari yang sama.

Beliau dilihat sebagai mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik Jepun utama, setelah berkhidmat bertahun-tahun sebagai pegawai kanan di Kesatuan Ahli Parlimen Korea-Jepun. Lee fasih berbahasa Jepun.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lee telah dikurniakan satu cahaya mata.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]