Lee Qri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qri
Nama asal이지현
Nama lahirLee Ji-hyun
Juga dikenali sebagai
Qri
Kelahiran (1986-12-12) 12 Disember 1986 (umur 37)
Seoul, Korea Selatan
Genre
Pekerjaan
InstrumenVokal
Tahun aktif2009–sekarang
Syarikat rakaman
MBK Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul큐리
Perumian SemakanKyuri
McCune–ReischauerK'yuri
Nama lahir
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Ji-hyeon
McCune–ReischauerYi Chi-hyŏn

Lee Ji-hyun (Hangul이지현; lahir 12 Disember 1986),[1] lebih dikenali dengan nama pentas beliau Qri, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau merupakan ketua kumpulan wanita Korea Selatan, T-ara.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Qri dilahirkan pada 12 Disember 1986.[2] Nama kelahiran beliau adalah Lee Ji-hyun. Beliau belajar di Sekolah Tinggi Juyeob dan kemudiannya menghadiri Universiti Myungji dalam jurusan Teater dan Seni Visual. Beliau merupakan seorang model dan pemain bass untuk kumpulan rock Six Color sebelum membuat kemunculan pertama sebagai ahli T-ara.

Karier muzik[sunting | sunting sumber]

T-ara[sunting | sunting sumber]

Qri merupakan ahli terakhir daripada tiga ahli baru yang ditambah ke dalam kumpulan ini selepas dua bekas ahli, Jiae dan Jiwon menarik diri semasa pertengahan tahun 2009.[3] Ia kemudiannya disebut dalam Taxi Show bahawa beliau telah diperkenalkan kepada CEO Core Contents Media oleh syarikat asal beliau.

Pada bulan Julai 2013, Qri menjadi ketua T-ara baru dibawah sistem pertukaran pemimpin kumpulan ini.[4]

QBS[sunting | sunting sumber]

Qri, Boram dan Soyeon membentuk sub-unit QBS pada bulan Mei 2013. Sub unit ini menumpukan pasaran Jepun. Sub-unit ini mengeluarkan lagu pertama mereka bertajuk "Kaze no You ni" (風のように, Like the Wind) pada 26 Jun 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Birthdate". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2016-05-01.
  2. ^ Mark Russell (29 April 2014). K-Pop Now!: The Korean Music Revolution. Tuttle Publishing. m/s. 102. ISBN 978-1-4629-1411-1.
  3. ^ (Korea) ‘티아라’ 여섯 멤버들을 소개할게요. Donga. Ogos 07, 2009.
  4. ^ "Qri appointed T-ara's new leader ahead of groups six-member comeback". Julai 13, 2013.