Lee Zii Jia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lee Zii Jia
Maklumat peribadi
Negara Malaysia
Lahir (1998-03-29) 29 Mac 1998 (umur 23)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Tempat tinggalBukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi1.86 m (6 ka 1 in)[1]
Berat78 kg (172 lb)
Tahun aktif2016-kini
Cakat tanganKanan[1]
JurulatihMisbun Sidek
Wong Choong Hann
Tey Seu Bock
Hendrawan
Perseorangan lelaki
Rekod karier166 menang, 77 kalah
Ranking tertinggi8 (23 Mac 2021)
Ranking semasa8 (23 Mac 2021)
Profil BWF

Lee Zii Jia (lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton Malaysia. Pada 2019, beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Lee Zii Jia ialah anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.[2] Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

2016[sunting | sunting sumber]

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkar separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

2017[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Polish International. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[3]

2018[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia no. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[4][5]

2019[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya layakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[6] Pencapaian beliau meningkatkan rangking dunia BWF Zii Jia mencatat no.11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[7] dan juga memungut pingat perak acara lelaki berpasukan.[8]

2020[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton terbuka Malaysia.[9] Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[10] Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri.[11][12] Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.[13][14] Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.[15]

2021[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mac, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.[16].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sukan Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Markah Pencapaian
2019 Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina Singapura Loh Kean Yew 21–18, 21–18 Gold Emas

Kejohanan Dunia Remaja BWF[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Tempat Lawan Markah Pencapaian
2016 Bilbao Arena, Bibao, Sepanyol Indonesia Chico Aura Dwi Wardoyo 19–21, 18–21 Bronze Gangsa

Jelajah Dunia BWF (2 gelaran, 1 juara)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Tahap Lawan Markah Pencapaian
2018 Korea Master Super 300 Korea Selatan Son Wan-ho 16–21, 11–21 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2018 Terbuka Cina Taipei Super 300 Jepun Riichi Takeshita 21–17, 16–21, 21–11 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
2021 Seluruh England Super 100 Denmark Viktor Axelsen 30–29, 20-22, 21-9[16] Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara

Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)[sunting | sunting sumber]

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Markah Pencapaian
2016 Siri Antarabangsa India India Lakshya Sen 13–11, 3–11, 6–11, 6–11 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2017 Antarabangsa Poland Malaysia Soong Joo Ven 21–17, 21–16 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
     Kejohanan Antarabangsan BWF
     Siri Antarabangsa BWF

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Lee Zii Jia". bam.org.my. Diarkibkan from yang asal pada 25 Mei 2020. Dicapai pada 25 Mei 2020.
  2. ^ Fabian Peter (27 Disember 2020). "PMM2020: ZII JIA READY FOR A 'FRESH START' - CHOONG HANN". Persatuan Badminton Malaysia Malaysia. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  3. ^ Fabian Peter (5 November 2017). "Bit off more than he could chew: Zii Jia slayed at Bitburger Open". New Straits Times. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 8 November 2017.
  4. ^ Seng Foo (7 Oktober 2018). "Zii Jia wins maiden BWF World Tour title". Stadium Astro. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
  5. ^ "Malaysia's Zii Jia clinches Taiwan Open badminton title". Malay Mail. 7 Oktober 2018. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 8 Oktober 2018.
  6. ^ "Lee Zii Jia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying exit world badminton meet". www.malaymail.com. 23 Ogos 2019. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  7. ^ Tan, Ming Wai (9 Disember 2019). "Zii Jia bags badminton singles gold at SEA Games". www.thestar.com.my. The Star. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  8. ^ "Malaysia wins silver in badminton men's team event, loses 1-3 to Indonesia in gold medal match". www.thestar.com.my. The Star. 4 Disember 2019. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  9. ^ "Momota too good for Zii Jia". www.freemalaysiatoday.com. 12 Januari 2020. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  10. ^ Paul, Rajes (17 Februari 2020). "June's august run". www.thestar.com.my. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  11. ^ "Zii Jia feeling stressed ahead of All England". www.nst.com.my. 6 March 2020. Dicapai pada 18 March 2020.
  12. ^ "Zii Jia feeling stressed ahead of All England". www.nst.com.my. 6 Mac 2020. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  13. ^ "Lee Zii Jia stuns Chen Long at All England Championship". timesofindia.indiatimes.com/. 14 Mac 2020. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  14. ^ "Zii Jia's gallant run comes to an end in All-England semi-final defeat". www.thestar.com.my/. 14 Mac 2020. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  15. ^ "Zii Jia breaks into top-10 for the first time". www.nst.com.my/. 17 Mac 2020. Diarkibkan from yang asal pada 2021-03-21. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  16. ^ a b MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI (21 Mac 2021). "Zii Jia Juara All England". Kosmo. Dicapai pada 21 Mac 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]