Leerdammer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Leerdammer
Leerdammer kaas.jpg
Nama lain Maasdammer
Negara asal Belanda
Sumber susu lembu
Dipasteurkan Ya
Tekstur Keras
Kandungan lemak 45%
Tempoh penuaan 5 minggu
Pensijilan Tidak[1]

Leerdammer adalah salah satu versi keju Maasdam dari Belanda yang dihasilkan dengan menggunakan susu lembu yang dipasteur.[1] [2] Selain Leerdammer, keju Maasdam juga dijual dengan jenama lain seperti Ronduer, Goyweter, dan Fricotal.[2] Keju Leerdammer dihasilkan di daerah Zuid-Holland.[2] Keju ini mempunyai persamaan dengan keju Emmental dalam hal banyaknya lubang-lubang besar pada bahagian dalam keju.[1] Namun, isipadu keju ini lebih kecil berbanding dengan keju Emmental dari Switzerland.[1] Menurut lagenda, pembuat keju ahli ingin membuat keju seperti keju Gouda tetapi mempunyai aroma seperti keju Emmental.[1] Akhirnya terciptalah keju Leerdammer.[1] Keju ini mempunyai masa kematangan yang lebih cepat berbanding dengan keju Gouda ataupun keju Emmental.[1] Berat keju ini antara 6 hingga 12 kilogram.[2] Keju Leerdammer memiliki kulit yang tipis dan berwarna kuning yang dilindungi oleh lilin.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h (Inggeris) Iburg, Anne (2004). Dumont's Lexicon of Cheese. Rebo International b.v., Lisse, The Netherlands. ISBN 978-90-366-1689-8.  Page 158-159.
  2. ^ a b c d (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4.  Page 108.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]