Lefthanded

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lefthanded
album kompilasi Lefthanded, Seleksi Lagenda (1992)
Latar belakang
Juga dikenali sebagai The Lefthanded
Berasal dari Johor Johor, Malaysia Malaysia
Genre Heavy metal, hard rock
Pekerjaan Penyanyi / Pemuzik
Instrumen Vokal / Band
Tahun aktif 1979 - 1990
1999 - 2003
2006 - sekarang
Kegiatan berkait Ramli Sarip
Ahli
Nash - Vokal
Man Kidal - Gitar
Yan - Bass
Tom - Dram
Isa - Keyboard
Bekas ahli
Man Dayak - Dram
Samad - Gitar
Arab - Vokal
Ramli Sarip - Vokal
Firdaus - Vokal

Kumpulan Lefthanded ialah sebuah kumpulan rock yang aktif di Malaysia. Pada asalnya mereka bergelar Kumpulan The Lefthanded tetapi kemudiannya perkataan The digugurkan. Ditubuhkan di Johor Bharu pada tahun 1979. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Melayu.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Lefthanded mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983.  Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri.  Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.

Pada asalnya Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Apabila tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986.  Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.  Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat.

Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.  Kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989).


Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini terdiri daripada:-

  1. Nash @ Nashrudin Elias - vokal (1985 - 1990, 1998 - sekarang)
  2. Man Kidal @ Abdul Rahman Mahmood (anggota asal kumpulan Search) - gitar
  3. Samad @ Abdul Samad Mian - gitar (meninggal dunia)[1]
  4. Yan @ Amran Marsiman (anggota asal kumpulan Search dan pernah menyertai kumpulan XPDC) - bass
  5. Man Dayak @ Abdul Rahman Othman - dram (meninggal dunia)
  6. Isa (dari kumpulan Lizard) - keyboard
  7. Firdaus @ 'The Little Bird' M Nasir & The Gong
  8. Ramli Sarip (album 'Fanatisme') - vokal
  9. Arab @ Syed Azlan Bin Syed Abu Bakar (album 'Nafas') - vokal
  10. Tom (dari kumpulan Revolvers) - dram

Pertukaran vokalis[sunting | sunting sumber]

Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip.  Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.  Selepas itu Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.

Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire. Nash kembali semula pada tahun 1998 dan menghasilkan lagi 2 buah album iaitu Dimensi baru dan Syurga & Neraka.

Konsert Lefthanded, Live at Planet Hollywood 2006 merupakan satu konsert yang sangat mendapat kejayaan kerana konsert tersebut antara konsert yang terbaik pernah kumpulan Lefthanded adakan hingga rakaman konsert tersebut mampu untuk dijual semula dalam bentuk album.

Pada 23 Oktober 2008, Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.

Pada 15 Mac 2016 pula Man Dayak, pemain drum telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 54 tahun akibat serangan jantung.

Arab merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor, dan pernah menjadi ketua pelajar di situ.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Battle Of The Bands 1 & 2 - Pelbagai Artis (1986)
  2. Keadilan (1986)
  3. Seruan (1987)
  4. Qabul (1988)
  5. Evolusi (1989)
  6. Fanatisme (1991)
  7. Seleksi Lagenda Lefthanded (1992) - kompilasi
  8. Nafas (1996) - live
  9. Dimensi Baru (1998)
  10. Syurga & Neraka (1999)
  11. Lefthanded Reunion (2003) - kompilasi
  12. Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)
  13. Memori Hit Lefthanded (2008) - kompilasi
  14. Lagenda Hit Lefthanded (2010) - kompilasi

Keadilan (1986)[sunting | sunting sumber]

  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Hadapilah Dengan Sabar
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Ringan Berat
  8. Lanun
  9. Problem Malas
  10. Lagenda Cinta

Seruan (1987)[sunting | sunting sumber]

  1. Seruan
  2. Kenangan Bersamamu
  3. Inflasi
  4. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu)
  5. Rafidah Dan Sejarah
  6. Alam Dan Pencipta
  7. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  8. Antara Usaha Dan Nasib
  9. Ku Di Halaman Rindu
  10. Histeria (Instrumental)

Qabul (1988)[sunting | sunting sumber]

  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Janji Kesetiaan
  3. Bertemu Di Dalam Rock N Roll
  4. Melangkah
  5. Maya Persada
  6. Di Lembah Kebendaan
  7. Restu Yang Abadi
  8. Rentasi Dunia Muzik
  9. Mengejar Pelangi
  10. Qabul (Instrumental)

Evolusi (1989)[sunting | sunting sumber]

  1. Carilah
  2. Pencinta
  3. Perjalanan
  4. Mentari
  5. Parasit
  6. Arah Yang Hilang
  7. Rockrama
  8. Detik Masa
  9. Roda-Roda
  10. Keindahan Sepi

Fanatisme (1991)[sunting | sunting sumber]

  1. Semangat Lamina
  2. Satu Tidur Panjang
  3. Pesta Hidup Di Kota Raya
  4. Blues 
  5. Impian Setaman 
  6. Suatu Bayangan 
  7. Perjalanan Cinta Abadi 
  8. Akal 
  9. Lingkaran Sejarah Kita 
  10. Tenat 

Seleksi Lagenda Lefthanded (1992)[sunting | sunting sumber]

  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga dimensi
  2. Tiada lagi Kidungmu
  3. Kenangan Bersamamu
  4. Seruan
  5. Debunga Wangi
  6. Maya Persada
  7. Ku Di Halaman Rindu
  8. Semangat Lamina
  9. Pencinta
  10. Keindahan Sepi
  11. Restu Yang Abadi
  12. Satu Tidur Panjang
  13. Impian Setaman
  14. Lagenda Cinta

Nafas (1996)[sunting | sunting sumber]

  1. Seruan (Live)
  2. Keadilan (Live)
  3. Hidup Dan Perjuangan (Live)
  4. Sutra (Lagu Baru)
  5. Maya Persada (Versi Akustik)
  6. Sentuhan Kidal (Instrumental) (Bonus Track)
  7. Blues (Live)
  8. Debunga Wangi (Live)
  9. Semangat Lamina (Live)
  10. Nafas Rindu (Lagu Baru)
  11. Kenangan Bersamamu (Versi Akustik)

Dimensi Baru (1998)[sunting | sunting sumber]

Syurga & Neraka (1999)[sunting | sunting sumber]

  1. Syurga Dan Neraka
  2. Marga Jiwa
  3. Mencari Sinar
  4. Pendita Mimpi
  5. Bantai Blues
  6. Dahan Menanti
  7. Tenang
  8. Hamparan Putih
  9. Akal Sinikal
  10. Rahsia Kita

Lefthanded Reunion (2003)[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. Keadilan
  2. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  3. Sudi-Sudikah Dikau
  4. Debunga Wangi
  5. Lagenda Cinta
  6. Tiada Lagi Kidungmu
  7. Seruan
  8. Kenangan Bersamamu
  9. Alam Dan Pencipta
  10. Ku Di Halaman Rindu
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental)
  12. Semangat Lamina (Live)

CD 2:

  1. Hidup Dan Perjuangan
  2. Maya Persada
  3. Bertemu Di Dalam Rock N Roll
  4. Mengejar Pelangi
  5. Qabul
  6. Carilah
  7. Pencinta
  8. Arah Yang Hilang
  9. Semangat Lamina
  10. Satu Tidur Panjang
  11. Sutra
  12. Debunga Wangi (Live)

Live & Unplugged at Planet Hollywood '06 (2006)[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. [Live] - Seruan
  2. [Live] - Sudi-Sudikah Dikau
  3. [Live] - Keadilan
  4. [Live] - Lagenda Cinta
  5. [Live] - Lanun
  6. [Live] - Perfect Strangers
  7. [Live] - Debunga Wangi
  8. [Unplugged] - Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  9. [Unplugged] - Kenangan Bersamamu
  10. [Unplugged] - Soldier Of Fortune
  11. [Unplugged] - Ku Di Halaman Rindu

CD 2:

  1. [Live] - Bertemu Di Dalam Rock 'N' Roll (Hattan)
  2. [Live] - Qabul (Instrumental)
  3. [Live] - Semangat Lamina (Yantzen)
  4. [Live] - Smoke On The Water (Hattan, Rahim Maarof & Yan)
  5. [Live] - Sentuhan Kidal (Instrumental)
  6. [Live] - Arah Yang Hilang (Muix Metalasia)
  7. [Live] - Ringan Dan Berat (Yan)
  8. [Live] - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
  9. [Live] - Tiada Lagi Kidungmu
  10. [Encore] - Alam Dan Pencipta

Memori Hit Lefthanded (2008)[sunting | sunting sumber]

CD1:

  1. Keadilan (4:05)
  2. Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi (4:35)
  3. Sudi-Sudikah Dikau (3:44)
  4. Debunga Wangi (5:22)
  5. Lagenda Cinta (4:14)
  6. Tiada Lagi Kidungmu (3:28)
  7. Seruan (5:08)
  8. Kenangan Bersamamu (4:36)
  9. Alam Dan Pencipta (5:19)
  10. Ku Di Halaman Rindu (5:21)
  11. Sentuhan Kidal (Instrumental) (3:17)
  12. Semangat Lamina (Live) (5:43)

CD2:

  1. Hidup Dan Perjuangan (3:02)
  2. Maya Persada (5:21)
  3. Bertemu Di Dalam Rock N Roll (4:31)
  4. Mengejar Pelangi (4:50)
  5. Qabul (5:00)
  6. Carilah (5:15)
  7. Pencinta (5:22)
  8. Arah Yang Hilang (7:44)
  9. Semangat Lamina (5:04)
  10. Satu Tidur Panjang (6:09)
  11. Sutra (5:27)
  12. Debunga Wangi (Live) (6:40)

Lagenda Hit Lefthanded (2010)[sunting | sunting sumber]

CD 1:

  1. Tiada Lagi Kidungmu (3:27)
  2. Lagenda Cinta (4:12)
  3. Debunga Wangi (5:20)
  4. Keadilan (4:03)
  5. Kenangan Bersamamu (4:36)
  6. Sepanjang Riwayat Hidup (Untuk Ibu) (4:13)
  7. Mengejar Pelangi (4:50)
  8. Keindahan Sepi (4:17)
  9. Restu Yang Abadi (4:03)
  10. Sudi-Sudikah Dikau (3:42)
  11. Satu Tidur Panjang (6:10)
  12. Seruan (5:07)

CD 2:

  1. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi (4:34)
  2. Ku Di Halaman Rindu (5:20)
  3. Pencinta (4:13)
  4. Lanun (3:59)
  5. Maya Persada (4:50)
  6. Rockrama (4:43)
  7. Impian Setaman (4:55)
  8. Carilah (5:15)
  9. Hidup Dan Perjuangan (3:01)
  10. Sutra (5:26)
  11. Semangat Lamina (5:04)
  12. Perjalanan Cinta Abadi (5:32)

Lagu-lagu Popular[sunting | sunting sumber]

  • Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
  • Ku Di Halaman Rindu
  • Tiada Lagi Kidungmu
  • Kenangan Bersamamu
  • Lagenda Cinta
  • Debunga Wangi
  • Keadilan
  • Seruan
  • Alam Dan Pencipta
  • Sudi-Sudikah Dikau
  • Maya Persada
  • Hidup Dan Perjuangan
  • Restu Yang Abadi
  • Pencinta
  • Keindahan Sepi
  • Arah Yang Hilang
  • Satu Tidur Panjang
  • Semangat Lamina
  • Impian Setaman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Rock band Lefthanded’s guitarist Abdul Samad Mian dies
  1. http://carmahlms.com/Info_Muzik/IMarticles/IMlktn.htm
  2. Lefthanded dalam kenangan
  3. Lagenda Lefthanded
  4. Lefthanded - Kumpulan mungkin berpecah akhirnya
  5. Konsert tanpa Nash
  6. [1]
  7. [2]