Legasi (album Siti Nurhaliza)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Legasi
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada1 April 2021
Dirakam padaJanuari - Mac 2021
GenrePop
Masa33:50
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)
PenerbitDato' Sri Siti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Pown Hasril
Kronologi Siti Nurhaliza
ManifestaSITI2020
(2020)
Legasi
(2021)
Single dari album Legasi
  1. "Comel Pipi Merah"
    Tarikh keluaran: 2018
  2. "Anakanda"
    Tarikh keluaran: 2021

Legasi ialah album khas oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 1 April 2021 oleh Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia. Album ini merupakan album kanak-kanak pertamanya.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Idea untuk Legasi bermula apabila Siti Nurhaliza merancang untuk menerbitkan sebuah album kanak-kanak menjelang kelahiran cahaya mata keduanya. Menurut Siti, ia merupakan satu usahanya untuk melestarikan lagu kanak-kanak klasik agar ia terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang. Proses rakaman Legasi amat rumit bagi Siti kerana beliau hadir ke studio rakaman dalam keadaan sarat hamil, namun beliau berpuas hati dengan hasilnya kerana album itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Menurut Siti, proses rakaman Legasi berbeza daripada album-album komersialnya.[2]

Untuk album ini, Siti bekerjasama dengan Pown Hasril yang pernah terbabit dalam album ManifestaSITI2020 bagi memberikan sentuhan baharu dan segar untuk keseluruhan lagu yang ditampilkan. Legasi mengandungi 10 lagu termasuk interlude. Dalam album ini, Siti turut menghasilkan sebuah lagu khas didedikasikan buat anak yang bakal dilahirkan yang diberi judul "Anakanda". Sebuah lagi lagu ciptaan beliau sebelum ini iaitu "Comel Pipi Merah" turut dimuatkan di dalam album ini.[3][4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Legasi dikeluarkan pada 1 April 2021, bertepatan dengan sambutan Jubli Perak kerjaya muzik Siti Nurhaliza. Dua lagu dari album itu, "Medley Klasik Siti 1" dan "Anakanda" telah dijadikan muzik video. Album ini mendapat sambutan yang baik di pasaran,[5] malah ia berjaya menduduki kedudukan teratas di carta iTunes Malaysia.[6]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Interlud 1"   1:00
2. "Medley Klasik Siti Bhg. 1" ("Buai Laju-Laju"/"Pok Amai-Amai"/"Suriram"/"Bunga Matahari") 7:19
3. "Burung Kakak Tua"   4:04
4. "Bintang Kecil"   3:21
5. "Interlud 2"   0:16
6. "Anakku Sayangku"   3:40
7. "Medley Klasik Siti Bhg. 2" ("Air Pasang Dalam"/"Lagu Tiga Kupang"/"Anak Odeng"/"Kalau Rasa Gembira") 5:43
8. "Anakanda"   3:45
9. "Comel Pipi Merah"   3:53
10. "Interlud 3"   0:50
Jumlah masa:
33:50

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 1 April 2021 CD, Muat turun digital,[7] media penstriman[8] Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Salma Syahbuddin (2 April 2021). "Siti Nurhaliza abadikan lagu nostalgia dalam Legasi". XTRA. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (2 April 2021). "Siti rai legasi 25 tahun". Berita Harian. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  3. ^ "Legasi, hadiah ulang tahun ke-25 Siti dalam industri". Kosmo!. 1 April 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  4. ^ "Legasi, hadiah Siti Nurhaliza sempena 25 tahun di dalam industri". Utusan TV. 1 April 2021. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 April 2021). "Album Legasi dapat respons baik ibu bapa". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 April 2021). "Legasi Siti nombor 1!". Harian Metro. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  7. ^ "Legasi by Siti Nurhaliza". Spotify. 1 April 2021. Dicapai pada 1 April 2021.
  8. ^ "Legasi, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 1 April 2021. Dicapai pada 1 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]