Legbar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legbar
Status pemuliharaanRBST (UK): senarai pantau
Negara asalUnited Kingdom
Kegunaantelur
Ciri-ciri
BeratJantan: 2.7–3.4 kg
 Betina: 2.0–2.7 kg
Jenis balungsisir, besar
Klasifikasi
PCGBbulu lembut: ringan[1]
Ayam
Gallus gallus domesticus
Seekor ayam betina Legbar Krim

Legbar adalah satu baka ayam penjantinaan automatik yang berasal daripada Britain. Ia kini jarang ditemui. Ia dicipta pada awal kurun ke-20 oleh Reginald Crundall Punnett dan Michael Pease di Genetical Institute, Universiti Cambridge.[2] Legbar merupakan satu baka hidrib yang terhasil dari kacukan baka Plymouth Rock berbelang daripada Amerika Syarikat dengan Leghorn perang. Kacukan ini menghasilkan variati warna perak dan emas. Pease menghasilkan baka Legbar Krim dengan mengacukkan dengan Leghorn putih; kemudian dengan Araucana menyebabkan ia memiliki ciri-ciri seperti jambul dan telur berwarna biru atau biru kehijauan.[3]:60

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Legbar adalah baka ayam kedua yang mempunyai ciri penjantinaan automatik yang dihasilkan oleh Prof. Punnett dan M. Pease di Genetical Institute, Cambridge, selepas baka Cambar, yang mana dicipta pada tahun 1929 dengan mengacukkan baka Plymouth Rock berbelang dengan Campine emas.[2][4][5]

Ia juga bertujuan untuk menghasilkan satu baka utiliti dengan ciri penjantinaan auto yang difokuskan untuk penghasilan telur, di mana ayam jantan dan betina di mana anak-anak yang berumur sehari di mana jantinanya boleh diasingkan dengan mudah berdasarkan warna. Bagi mencapai tujuan ini, Punnet dan Pease menggunakan satu program kacukan dengan baka ayam penelur yang bagus, iaitu Leghorn dan Plymouth Rock berbeelang. Plymouth Rock berbelang telah digunakan untuk memasukan gen sex-linked barring ('berbelang' (B)) ke dalam Leghorn. Dengan mengacukkan Leghorn perang dan Plymouth Rock berbelang, Legbar emas terhasil dan distandardkan pada tahun 1945 diikuti dengan Legbar perak pada tahun 1951. Ia terhasil dengan mengacukkan Legbar emas dengan Leghorn putih dan Cambar perak.[6] Legbar Krim telah dipiawaikan pada tahun 1958 tetapi hampir pupus pada tahun 1970an di sebabkan telur-telur biru tidak mempunyai permintaan. Ia terhasil dengan mengacukkan Legbar emas dengan Leghorn putih dan Araucana berwarna krim. Araucana memperkenalkan gen krim dilute ('inhibitor of gold' (ig)), selain jambul dan telur berwarna biru pada variati ini.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Breed Classification. Poultry Club of Great Britain. Archived 12 June 2018.
  2. ^ a b F.A.E. Crew (1967). Reginald Crundall Punnett. 1875-1967. Biographical Memoirs of Fellows of the Royal Society 13: 309-326. (langganan diperlukan)
  3. ^ J. Ian H. Allonby, Philippe B. Wilson (editors) (2018). British Poultry Standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain, seventh edition. Chichester; Hoboken, New Jersey: Wiley Blackwell. ISBN 9781119509141.
  4. ^ Francis H.A. Marshall, Edward Thomas Halnan (1946 [1920]). Physiology of farm animals, fourth edition. Cambridge: The University Press. p. 270–71.
  5. ^ Victoria Roberts (2008). British poultry standards: complete specifications and judging points of all standardized breeds and varieties of poultry as compiled by the specialist breed clubs and recognised by the Poultry Club of Great Britain. Oxford: Blackwell. ISBN 9781405156424. p. 53-56
  6. ^ [1]. Rare Breed Survival Trust. Accessed January 2016.
  7. ^ [2]. Rare Breed Survival Trust. Accessed January 2016.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "hellstroem" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "dorshorst" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [3] Information and photos of the Cream Legbar including chick down colour
  • [4] Information and photos of the different down colour of male and female Cream Legbar chicks
  • [5] Information and photos of Autosexing Breeds published by the UK Autosexing Breeds Association

Templat:British Isles livestock