Legend of Mana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legend of Mana
PembangunSquare
Penerbit
    PengarahKoichi Ishii Sunting ini di Wikidata
    PengeluarAkitoshi Kawazu Sunting ini di Wikidata
    PerekaKoichi Ishii (pengarah)
    Akitoshi Kawazu (penerbit)
    Akihiko Matsui (pereka permainan, ketua pereka sistem)
    KomposerYoko Shimomura Sunting ini di Wikidata
    SiriMana
    PlatformPlayStation, PlayStaion 4, Nintendo Switch
    Pelepasan
      GenrePermainan video berperanan, aksi
      ModSeorang pemain, pemain berganda

      Legend of Mana, dikenali di Jepun sebagai Seiken Densetsu: Legend of Mana (Jepun: 聖剣伝説 LEGEND OF MANA) ialah permainan keempat dalam siri Mana. Permainan itu dimainkan dengan konsol Playstation. Ia dipasarkan di Jepun pada 15 Julai 1999 dan di Amerika Utara pada 7 Jun 2000. Walaupun Legend of Mana ialah permainan keempat yang dibuat dalam siri Mana, Dawn of Mana, sebuah permainan untuk konsol PS2 ialah permainan video keempat yang rasmi (di Jepun, ia dikenali sebagai Seiken Densetsu 4).

      Sementara elemen permainan video berperanan terdapat dalam tiga permainan video di dalam siri Mana sebelum ini, Legend of Mana mempunyai gaya permainannya yang tersendiri. Paling ketara, permainan ini memberikan pemain kebolehan untuk membentuk Fa'Diel, dunia didalam permainan video tersebut dengan mengunakan sistem artifacts. Pemain menggunakan artifacts tersebut untuk membina tempat-tempat yang menarik seperti bandar-bandar, gua, padang pasir dan sebagainya, yang bergelar lands, untuk mengembara di dalamnya.

      Rujukan[sunting | sunting sumber]

      1. ^ Staf GIA (14 Jun 2000). "Canadian Vagrant Story, Legend of Mana release update". TheGIA.com. Dicapai pada 2008-06-07.

      Pautan Luar[sunting | sunting sumber]