Lela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lela abad ke-19 dari Pahang. Spesimen ini memiliki dua lumba-lumba dan sebuah cagak (garpu putar).

Lela [lé.la][1]:II atau lila adalah jenis meriam Melayu yang digunakan secara meluas di rantau Nusantara. Ia mirip lantaka namun dibezakan melalui bentuk yang lebih panjang dan lubang peluru yang lebih besar.[2]:122 Lela boleh dikonfigurasi sebagai meriam pusing, meriam tetap, atau dipasang di pedati (gun carriage). Meriam ini dilihat setara dengan rupa senjata falkonet yang didapati di Eropah.[3]:50

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama meriam ini datang dari nama "Laila" (ليلى‎), tokoh perempuan utama kisah roman klasik Melayu berjudul Laila Majnun;[4]:93 nampaknya penerapan kata itu berasal dari nama yang diberikan kepada meriam tertentu, malah kebiasaan menamakan meriam khas tidaklah begitu asing di Eropah pada awal masa pembangunan meriam dan juga di Nusantara hingga sekarang.[5] Nama ini biasanya digabungkan dengan kata "rentaka" pada sastera Melayu, menjadi "lela rentaka".[2]

Ia juga dipanggil sebagai lilla oleh orang Belanda dan lelo di beberapa bahagian Nusantara.[6]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Meriam naga atau lela naga dari tahun 1667. Panjangnya 172 cm dengan diameter 22 cm, berbobot 150.6 kg. Ditangkap semasa ekspedisi Belanda ke Jambi, Ogos 1858.

Biasanya lela adalah sekitar 100-180 cm panjang dan diperbuat daripada loyang atau gangsa.[2]:122[3] Mereka menembak peluru meriam bundar berbobot 1.13-1.36 kg dengan jarak melebihi 360 m.[3]:50–51 Selain itu mereka juga boleh dimuatkan dengan peluru sebar (grapeshot atau case shot).[7] Meriam Melayu biasanya melancarkan bola batu yang terbuat dari batu-batuan di tepi sungai,[8]:31 dan lebih jarang lagi melemparkan bola logam dari besi atau loyang.[4]:97 Mereka menggunakan serpihan plumbum dan timah (disebut "dadu-dadu")[9]:209 dalam jarak dekat, dan untuk case shot, diperbuat daripada batu di dalam keranjang rotan.[4]:97 Lela memiliki kaliber lubang diantara 19 dan 76.2 mm.[4]:95[9]:209 Sesetengah lela besar memiliki dua laras dan kadang kala satu atau lebih meriam kecil miniatur dicor di atas laras mereka untuk digunakan apabila musuh menyerang sebelum meriam bisa diisi semula. Lela rambang atau jala rambang adalah jenis lela, terbuat dari loyang, dengan moncong pemuras (melebar) yang menembakkan serpihan atau batu. Mereka juga dipanggil lela mulut katak.[4]:95[9]

Lela selalu memiliki tiub yang dicor di belakang, di mana pegangan kayu atau pengarah akan dipasang. Pengarah ini digunakan untuk membidik.[4]:93 Lela memiliki tenggekan putar (disebut cagak, cangkak lela, atau rangking) dengan pasak di bawahnya supaya ia boleh dipasang di pinggir kapal atau tepi kubu.[10][4]:95 Untuk penggunaan darat mereka biasanya ditempatkan di sudut benteng atau perkubuan, sehingga mereka bisa melindungi secara bergantian dua dinding yang berbeza.[4]:95 Selalunya, mereka memiliki lumba-lumba (bahagian pemegang logam di atas untuk mengangkat meriam) tetapi mereka mungkin semata-mata hiasan, kerana mereka boleh diambil tanpa mengangkatnya dengan tali.[4]:93 Berbanding dengan falconet Eropah dengan sejarahnya sejak tahun 1500-an, lela lebih pendek dalam jarak dan lebih ringan dalam berat tetapi unggul dalam hiasan dan reka bentuk.[8]:11

Meriam lela yang lebih besar, di Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia.

Lela juga merujuk pada meriam Melayu bersaiz menengah hingga besar. Menurut Isabella L. Bird, lelah adalah meriam panjang dan berat yang diperbuat daripada loyang, digunakan untuk pertahanan benteng-benteng di mana dibelakangnya orang Melayu bertempur (apilan dan kota mara, atau pertahanan Melayu yang disebut kubu).[11] Mereka bisa menembak sejauh 1000 yard (914 m), dan menembakan peluru 4 paun (1.8 kg).[9]:209[12]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perahu perang Iranun, dengan lela yang dipasang di hadapan.

Asal-usul senjata berasaskan ubat bedil di nusantara dapat dikesan dari akhir abad ke-13. Serangan Mongol ke Jawa (1293) membawa teknologi ubat bedil ke Jawa dalam bentuk meriam (Bahasa Cina: Pao).[13] Hal ini menghasilkan pengembangan meriam pusing Jawa, cetbang. Berikut kemunduran majapahit, terutamanya selepas perang paregreg (1404-1406),[14]:174-175 banyak pembuat senjata dan pembuat meriam gangsa kecewa oleh keadaan dan bergerak ke Brunei, Sumatra, semenanjung Melayu, dan Filipina. Ini mengakibatkan penggunaan dan pembinaan meriam cetbang meluas, terutama untuk melindungi kapal perdagangan dari bajak laut, seperti di Selat Makassar. Ini mengakibatkan penggunaan meriam menjadi hampir universal di nusantara.[15]

Lela paling awal, seperti lantaka, adalah senjata yang diisi dari belakang.[16] Ini menunjukkan bahawa cetbang adalah pendahulu langsung lantaka. Michael Charney (2004) menunjukkan bahawa meriam putar Melayu awal diisi dari bahagian belakang.[3]:50 Terdapat kecenderungan peralihan meriam ke jenis pengisian di depan dalam masa penjajahan.[17] Walau bagaimanapun, ketika Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 M, baik meriam pusing yang diisi dari belakang mahupun depan ditemukan dan dirampas oleh Portugis.[3]:50

Sebuah gambar istana kota air terapung (kotta mara) dari Hachelijke reys-togt van Jacob Jansz de Roy.

Apabila penjelajah Iberia datang ke Asia Tenggara, penduduk setempat tidak terkagum dengan kekuatan kapal dagang bersenjata yang kuat dari Eropah. De Barros berkata selepas kejatuhan Melaka, Albuquerque menangkap 3,000 daripada 8,000 kepingan artileri. Antaranya, 2,000 diperbuat daripada loyang dan selebihnya diperbuat daripada besi, dalam gaya meriam Berço (meriam pusing pengisian belakang) Portugis. Semua artileri memiliki pelengkap pedati yang tidak dapat ditandingi bahkan oleh Portugal.[18][19][20]:62-64 Meriam yang ditemui berasal dari berbagai jenis: esmeril (meriam pusing 1/4 sampai 1/2 pon,[21] mungkin merujuk pada cetbang atau lantaka), falconet (meriam pusing cor gangsa lebih besar dari esmeril, 1 sampai 2 pon[21]), saker bersaiz menengah (meriam panjang atau culverin diantara 6-10 pon),[22] dan bombard (meriam yang pendek, gemuk, dan berat).[3]:46 Orang Melayu juga memiliki 1 buah meriam besar yang cantik, dikirim oleh raja Calicut.[3]:47[23]:22 Banyaknya artileri di Malaka berasal dari berbagai sumber di kepulauan Nusantara: Pahang, Jawa, Brunei, Minangkabau, dan Aceh.[24][2][25]

Detail sebuah lanong. Apilan dan sunting apilan dapat dilihat.

Pada 1600 M., meriam lela menjadi tidak asing lagi di rantau Nusantara. Beberapa pengecoran terkenal di wilayah tersebut adalah Terengganu di semenanjung Melayu, Gresik di Jawa, dan tanah Minangkabau di pedalaman Sumatra,[26] di Brunei dan Banjarmasin di Borneo, Sulu di Filipina Selatan, Makassar di Sulawesi, dan Aceh.[5]

Lela juga digunakan dalam rakit berbenteng suku Banjar yang disebut kotta mara. Kotta mara boleh digunakan sebagai baterai terapung atau sebagai kastil air. Kotta mara yang berbentuk persegi panjang boleh dilengkapi dengan 12 lela,[27]:45 manakala kotta mara dengan selekoh pojok boleh dilengkapi 16 lela.[28]:61

Lela dipasang pada apilan (perisai senjata) dari perahu perang dan perahu perompak Melayu. Sunting apilan adalah nama yang diberikan kepada dua lela atau meriam ringan yang berdiri di atas perisai senjata dari sebuah meriam berat.[29]

Letnan T.J. Newbold mencatat tentang perahu perompak melayu:[4]

Perahu-perahu yang digunakan oleh perompak Melayu adalah seberat lapan hingga sepuluh ton, diawaki dengan baik dan sangat cepat, terutama dengan dayung pendek yang biasa digunakan. Mereka umumnya bersenjata dengan meriam pusing pada hadapan, tengah, dan buritan, berkaliber kecil, tetapi mempunyai jarak jangkau yang jauh. Apabila bersiap untuk menyerang, benteng kuat dari kayu yang disebut 'Apilan' didirikan, di belakangnya para kru berlindung, bertempur dengan meriam-meriam panjang mereka sampai mangsa mereka lumpuh; atau sampai gong membunyikan isyarat agar melakukan boarding (taktik merampas kapal musuh dengan naik ke atasnya).

Brunei dikenali kerana pandai besinya di abad ke-19. Loyang (aloi tembaga dan zink), senantiasa menjadi logam pilihan kerana ia lebih murah dan lebih mudah dikerjakan, berbanding dengan besi atau aloi keras lain, iaitu gangsa. Walau bagaimanapun, gangsa (aloi tembaga dan timah) jauh lebih kuat dan kerananya lebih popular untuk digunakan dalam pembuatan senjata.[8]:17 Proses pembinaan yang digunakan adalah cire perdue menggunakan cetakan terakota dan lilin.[30]:237[8]:17

Bangsamoro (Muslim) dari Filipina masih menggunakan rentaka dan lela semasa Perang Filipina-Amerika pada 1899-1902. Rentaka dan lela dibawa oleh Melayu dari Semenanjung Malaysia dan Borneo ke Filipina Selatan. Bangsamoro menerima budaya Melayu.[16]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ lela. Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.Selenggaraan CS1: tarikh dan tahun (link)
  2. ^ a b c d Ismail, Norain B.T. (2012). Peperangan dalam Historiografi Johor: Kajian Terhadap Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
  3. ^ a b c d e f g Charney, Michael (2004). Southeast Asian Warfare, 1300-1900. BRILL. ISBN 9789047406921.
  4. ^ a b c d e f g h i j Gardner, G. B. (1936). Keris and Other Malay Weapons. Singapore: Progressive Publishing Company.
  5. ^ a b Gibson-Hill, C. A. (July 1953). "Notes on the old Cannon found in Malaya, and known to be of Dutch origin". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26: 145–174 – melalui JSTOR.
  6. ^ Home; Terkini; News, Top; Terpopuler; Nusantara; Nasional; Riau; Internasional; Citizen. "Meriam Lelo di Kampar Meledak Karena Pecah, Seorang Tewas dan 4 lainnya luka". riau.antaranews.com. Dicapai pada 2020-03-23.
  7. ^ Reid, Anthony (2012). Anthony Reid and the Study of the Southeast Asian Past. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-981-4311-96-0.
  8. ^ a b c d Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.
  9. ^ a b c d Newbold, Thomas John (1971). Political and statistical account of the British settlements in the Straits of Malacca volume 2. Singapore: Oxford University Press.
  10. ^ "Cannons of the Malay Archipelago". www.acant.org.au. Dicapai pada 2020-02-19.
  11. ^ Bird, Isabella L. (1883). The Golden Chersonese and the Way Thither. New York: G. P. Putnam's Sons.
  12. ^ Murfett, Malcolm H. (2011). Between 2 Oceans (2nd Edn): A Military History of Singapore from 1275 to 1971. Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd.
  13. ^ Song Lian. History of Yuan.
  14. ^ Hidayat, Mansur (2013). Arya Wiraraja dan Lamajang Tigang Juru: Menafsir Ulang Sejarah Majapahit Timur. Denpasar: Pustaka Larasan.
  15. ^ Raffles, Thomas Stamford (1978). The History of Java (ed. [Repr.].). Kuala Lumpur: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-580347-1.
  16. ^ a b Ooi, Keat Gin (2004). Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. ISBN 9781576077702.
  17. ^ Hamid, Rahimah A. (2015). Kearifan Tempatan: Pandainya Melayu Dalam Karya Sastera. Penerbit USM. ISBN 9789838619332.
  18. ^ A History of Greek Fire and Gunpowder. Dicapai pada 12 December 2014.
  19. ^ A Descriptive Dictionary of the Indian Islands & Adjacent Countries. Dicapai pada 12 December 2014.
  20. ^ Albuquerque, Afonso de (1875). The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, translated from the Portuguese edition of 1774. London: The Hakluyt society.
  21. ^ a b Manucy, Albert C. (1949). Artillery Through the Ages: A Short Illustrated History of the Cannon, Emphasizing Types Used in America. U.S. Department of the Interior Washington. m/s. 34.
  22. ^ Lettera di Giovanni Da Empoli, with introduction and notes by A. Bausani, Rome, 1970, page 138.
  23. ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
  24. ^ A History of Greek Fire and Gunpowder. Dicapai pada 12 December 2014.
  25. ^ Ayob, Yusman (1995). Senjata dan Alat Tradisional. Selangor: Penerbit Prisma Sdn Bhd.
  26. ^ Ahmad, Rasdan (7 December 2014). "Melayu Sudah Lama Ada Senjata Api" (PDF). Digital Repository of National Library of Malaysia.
  27. ^ van Rees, Willem Adriaan (1867). De Bandjermasinsche Krijg van 1859-1863 nader toegelicht. Arnhem: D.A. Thieme.
  28. ^ de Roy, Jacob Jansz (1706). Hachelijke reys-togt van Jacob Jansz de Roy, na Borneo en Atchin, in sijn vlugt van Batavia, derwaards ondernoomen in het jaar 1691. Te Leyden: Pieter van der Aa.
  29. ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hongkong: Kelly & Walsh, limited. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  30. ^ Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.