Pergi ke kandungan

Lelaki Itu Untukku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lelaki Itu Untukku adalah merupakan drama adaptasi novel karya Mazni Aznita yang ditayangkan di slot Selekta Prima di saluran TV2 yang diterbitkan pada 2019. Dibintangi oleh Risteena Munim, Azam Pitt, Zamarul Hisham, Marissa Yasmin dan ramai lagi. Drama ini mulai disiarkan pada 2 Julai 2019 di slot Violet di saluran TV2 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8:30 malam.

Lelaki Itu Untukku
GenreCinta
Keluarga
Konflik
PenciptaMazni Aznita
PengarahHaizul Anafer Ali
Dibintangi oleh
Risteena Munim
Azam Pitt
Taib Azzamudin
Zamarul Hisham
Marissa Yasmin
Hairie Othman
Nina Smith
Lagu pembukaanXpose Band -Sandiwara
Lagu penutupXpose Band-Sandiwara
PenggubahDin Omar
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Times United Industries Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV2 (Slot Violet)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Julai 2019 – 23 Julai 2019
Kronologi
Rancangan berkaitan
Lelaki Itu Untukku 2

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Orked Harlina, anak tunggal ayahnya Hamdan, tetapi tidak pernah diberi kasih sayang oleh ayahnya yang jelas memang membencinya. Ayahnya berkahwin dengan Maria yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Idlan Riyaz.

Kehadiran Idlan Riyaz yang pulang ke Malaysia telah mengubah segalanya. Idlan telah memberikan kasih sayang sebagai seorang abang kepada adik tirinya. Di situ timbul lah rasa cinta Orked kepada Idlan. Namun Idlan merahsiakan sesuatu sejak kepulangannya itu.

Melalui Idlan Riyaz, Orked mengenali Tengku Emery Iskandar, si playboy yang kerek. Bagi Orked Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]