Lelaki Itu Untukku 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lelaki Itu Untukku 2 adalah merupakan drama adaptasi novel karya Mazni Aznita. Ini adalah merupakan kesinambungan kisah dari musim pertama yang telah disiarkan pada 2019. Dibintangi oleh Risteena Munim, Johan As'ari, Taib Azzamudin, Zamarul Hisham, Marissa Yasmin, Ramona Zamzam, Afifah Nasir, Zila Bakarin, Hairie Othman dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan pada 28 Januari 2021 di slot Violet di saluran TV2 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 malam. [1]

Lelaki Itu Untukku 2
GenreCinta
Keluarga
Konflik
Berdasarkan daripada
Lelaki Itu Untukku karya Mazni Aznita
PenciptaMazni Aznita
PengarahHaizul Anafer Ali
Dibintangi oleh
Risteena Munim
Johan As'ari
Taib Azzamudin
Zamarul Hisham
Marissa Yasmin
Ramona Zamzam
Afifah Nasir
Zila Bakarin
Hairie Othman
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Wiranusa Corporation
Penyiaran
Saluran asalTV2 (Slot Violet)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Januari 2021 – 15 Februari 2021
Kronologi
Rancangan berkaitan
Lelaki Itu Untukku

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Setelah kematian Idlan, Orkid telah berkahwin dengan Emmery. Mereka tinggal di rumah ibu Emmery. Walaupun telah berkahwin, Orkid masih tidak dapat melupakan Idlan. Dia masih teringatkan Idlan dan sering membandingkan Emmery dengan Idlan.

Orkid dan Emmery melawat resort yang diwasiatkan oleh arwah Idlan kepadanya. Resort itu dijaga oleh Pak Man dan isterinya. Orkid sering mengaitkan resort tersebut dengan bekas suaminya Idlan menyebabkan Emmery kecewa dan tersinggung dengan sikap isterinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Lelaki Itu Untukku 2 mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.