Lelaki Kiriman Tuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelaki Kiriman Tuhan
GenreMelodrama
Cinta
Konflik
Komedi
Misteri
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Lelaki Kiriman Tuhan karya Umie Nadzimah
Ditulis olehMufid Shuhaimi
Next Scene
PengarahRashid Sibir
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKisah ku Inginkan - Siti Nurhaliza dan Judika
Lagu penutupKisah Ku Inginkan oleh Siti Nurhaliza dan Judika
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutifSharifah Fatimahtuzzaharaa' Syed Taha (Astro)
Hafiz Abu Bakar (Astro)
Muhammad Norazhar Baharuddin
Rohaiyah Ibrahim
PenerbitHj Md Fadzil Teh
PenyuntingRaime Yusoff
Nawawi Zunyazan
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis (Slot Raihana)
Astro Prima (Slot Tiara) (ulangan)
Siaran asal1 Oktober 2018 – 28 Januari 2019
Kronologi
MengikutiPencuri Cinta Kelas Satu
Diikuti olehKerna Syurga Bukan Percuma

Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Umie Nadzimah. Siri arahan Rashid Sibir dan merupakan terbitan Zeel Production. Ia dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Drama ini disiarkan Slot Raihana di Astro Oasis bermula 1 Oktober 2018 sehingga 28 Januari 2019.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Naira (Mira Filzah), si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid (Remy Ishak) namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Lelaki Kiriman Tuhan". MyInfotaip. 1 Oktober 2018.