Lelaki Lingkungan Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelaki Lingkungan Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Lelaki Lingkungan Cinta karya Lily Haslina Nasir
Ditulis olehMarr Mohammad
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza
Lagu penutup"lDR"- oleh Naim Daniel & Daiyan Trisha
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Oktober 2020 – 25 November 2020
Kronologi
MengikutiKampung People 2
Diikuti olehSang Pewaris

Lelaki Lingkungan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Emi Suffian dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, dan Ismail Izzani. siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 bermula 21 Oktober 2020 menggantikan Kampung People 2.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya. Akhirnya Esya dan Adib berkahwin. Namun rumah tangga mereka goyah apabila Zambri mula mendekati Esya

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Siapa Tak Mahu" - Dato Sri Siti Nurhaliza
  • "LDR" - Naim Daniel dan Daiyan Trisha
  • "Sumpah"- Naim Daniel
  • "Sedih"- Ismail Izzani dan Naim Daniel
  • "Usah" - Ariff Bahrin
  • "Aku Itu Aku" - Yonnyboi
  • "Cinta" - Ismail Izzani
  • "Nyawa" - Ismail Izzani
  • "Aku Cinta Padamu" - Dato Sri Siti Nurhaliza
  • "Dengan Nama Tuhan" - Teman Lelaki
  • "Jika Ini Yang Terbaik" - Airm feat. Hasha Roslan & Heidi Moru
  • "Jauh" - Alan D. Axel Jonas, Somean K Clique
  • "Mahukah Kamu" - Shalma Eliana & Fariz Jabba

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Lelaki Lingkungan Cinta (TV3)". My Infotaip. 20 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  2. ^ "Ramai tak keruan tunggu drama Lelaki Lingkungan Cinta, Tok Ti pun sama tak sabar nak tonton lakonan Cik B". XTRA. 16 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  3. ^ "Kenakalan Naim Daniel tiada penghujung dalam Lelaki Lingkungan Cinta". Utusan Borneo. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  4. ^ "Enggan sorok kisah cinta". Berita Harian. 22 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  5. ^ "Cik B tampil dengan drama sulung Lelaki Lingkungan Cinta". Kopiplanet. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 22 Oktober 2020.