Lelaki Teragung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Lelaki Teragung"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Nurfaizah
Dilancarkan pada19 Mei 2016
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang3:54 minit
SyarikatIndigital
PenulisNatasya dan Iman Imran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Lelaki Teragung" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah, dikeluarkan sebagai single ketiganya untuk album ketujuhnya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Ia dikeluarkan pada 19 Mei 2016 oleh Indigital Sdn. Bhd., "Lelaki Teragung" ialah salah satu daripada 12 lagu yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-31 yang berlangsung pada 22 Januari 2017 dan merangkul gelaran juara menewaskan 11 lagu lain di pentas akhir.[1]

Mengenai lagu ini, Dayang berkongsi bahawa bapanya menjadi sumber inspirasi dalam kehidupannya.[2] Lagu ini ditujukan khas sebagai tanda penghargaan untuk Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.[3] Lagu ini juga dijadikan sebagai muzik tema untuk drama adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures.[4]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video untuk "Lelaki Teragung" difilemkan di Kampung Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor. Dayang berkata: "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tidak sampai dua jam, saya dan kru produksi berjaya menyelesaikan proses rakaman muzik video lagu itu. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke sawah padi dan apa yang saya boleh katakan, pemandangannya sangat indah dan saya sendiri tidak sabar untuk menantikan hasilnya,".[4]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif mengenai lagu ini, menurut Stail.my: "Magis-magis yang dia lakukan semakin menjadi akhir-akhir ini dan semuanya bermula dengan Di Pintu Syurga diikuti Tak Pernah Menyerah dan Langit Cinta. Hampir sudah pasti juga Lelaki Teragung mampu menjadi satu lagi titik tolak kejayaan Dayang dalam rencana kerjayanya".[5]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Juara Lagu Menang [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nadia Azam (22 Januari 2017). Lelaki Teragung dinobat juara AJL31 Malaysiakini. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  2. ^ Kemalia Othman (5 Julai 2016). Bapa Simbolik 'Lelaki Teragung' Dayang Nurfaizah mStar Online. Dicapai pada 5 Julai 2016.
  3. ^ Adib Povera (15 Januari 2017). Dayang Nurfaizah to dedicate Anugerah Juara Lagu performance to Tok Nan New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2017.
  4. ^ a b Syafil Syazwan Jefri (26 Ogos 2016). Lelaki Teragung siap 2 jam Harian Metro. Dicapai pada 7 Ferbuari 2017.
  5. ^ “Lelaki Teragung” bukti Dayang Nurfaizah, penyanyi paling dahsyat yang kita ada Diarkibkan 2020-02-07 di Wayback Machine Stail.my. Dicapai pada 7 Febuari 2017.
  6. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (22 Januari 2017). 'Lelaki Teragung' Juara AJL31 mStar Online. Dicapai pada 7 Februari 2017.