Lelasan (perubatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Lelasan (nyahkekaburan).
Lelasan
Pengelasan dan sumber luaran
Lelasan pada tapak tangan
ICD-10T14.0
ICD-9919.0
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Dalam dermatologi, lelasan merupakan luka yang disebabkan oleh kerosakan luaran pada kulit dan luka tersebut tidaklah lebih dalam sehingga bahagian epidermis. Ia adalah tidak seteruk seperti pelecetan (laserasi) dan pendarahan serta jika ada, ia adalah minimum. Lelasan yang ringan, atau juga dikenali sebagai lecet tidak meninggalkan parut atau darah tetapi jika ia lelasan yang dalam, maka ia boleh membawa kepada pembentukan tisu parut. Lelasan lebih traumatik yang menghapuskan semua lapisan kulit dipanggil sebagai avulsi.

Kecederaan lelasan kebiasaannya berlaku apabila bahagian kulit terdedah kepada sentuhan bergerak pada permukaan kasar boleh menyebabkan pengasahan pada lapisan atas epidermis.

Lelasan mengikut peringkat[sunting | sunting sumber]

  • Lelasan peringkat pertama hanya melibatkan kecederaan epidermis.
  • Lelasan peringkat kedua melibatkan bahagian epidermis dan juga dermis dan ia mungkin menyebabkan pendarahan kecil.
  • Lelasan peringkat ketiga melibatkan kerosakan pada lapisan subkutaneus dan kulit serta ia dipanggil sebagai avulsi.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Lelasan seharusnya dibersihkan dan sebarang serpihan dibuang. Antibiotik topikal (seperti Neosporin atau bacitracin) boleh digunakan untuk mengelakkan jangkitan dan memastikan luka dalam keadaan lembap.[1] Membalut bahagian luka adalah dibolehkan[1] bagi mengelakkan luka daripada menjadi kering dimana ia boleh mengganggu proses penyembuhan.[2] Jika lelasan itu menyakitkan, analgesik topikal (seperti lidocaine atau benzocaine) boleh digunakan dan bagi lelasan besar pula, analgesik sistemik mungkin diperlukan.[1] Elakkan kulit yang luka itu daripada terdedah kepada matahari.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Galeri dibawah menunjukkan proses penyembuhan pada bahagian tapak tangan yang disebabkan oleh geseran pada konkrit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Kidd, P. S., Sturt, P. A., & Fultz, J. (2000). Mosby's emergency nursing reference (edisi ke-2). St. Louis: Mosby, Inc.
  2. ^ Abrasions: Merck Manual Online