Lemak Kampung Santan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lemak Kampung Santan
PengarahHans Isaac
PenerbitHans Isaac
PenulisHans Isaac
Harith Iskander
Dibintangi oleh
Syarikat
produksi
Tall Order Productions
Mula ditayangkan
8 Ogos 2013
Tempoh tayangan
99 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM1.7 juta
Pecah panggungRM120,000

Lemak Kampung Santan ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2013 arahan Hans Isaac yang turut menulis skrip bersama Harith Iskander dan berlakon.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa). Ridzuan merupakan seorang pereka binaan untuk sebuah syarikat Terkemuka manakala Tiqa pula seorang penjual nasi lemak di Kampung Santan. Pertemuan pertama mereka berlaku tanpa diduga di Kampung Santan di mana gadis itu tidak tahu Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort selain memaksa semua penduduk Kampung Santan untuk berpindah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan dan keluaran[sunting | sunting sumber]

Lemak Kampung Santan diarahkan oleh Hans Isaac yang sebelum ini mengarahkan filem Cuci (2008). Skrip filem ini ditulis bersama oleh Hans dan Harith Iskander. Sewaktu diawal pembikinan filem ini, Hans dan Neelofa pernah digosipkan bercinta, namun mereka berdua menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa mereka hanya sekadar teman rapat sahaja.[2]

Filem ini ditayangkan pada 8 Ogos 2013, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan satu kegagalan komersial, hanya mencatat kutipan sebanyak RM120,000 sahaja sepanjang tayangannya pada musim Aidilfitri.[3][4] Hans kemudian menyatakan di laman sosial Twitter bahawa beliau akan berhenti mengarah setelah Lemak Kampung Santan kurang mendapat sambutan.[5][6]

Tayangan media[sunting | sunting sumber]

Lemak Kampung Santan telah dipertontonkan secara eksklusif di Tonton.com.my pada 9 September 2013.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azhariah Kamin (8 Ogos 2013). Mix and match The Star (Malaysia). Dicapai pada 29 April 2014.
  2. ^ Gandingan Mantap Hans Isaac & Neelofa Dalam Lemak Kampung Santan Oh! Bulan (14 Ogos 2013). Dicapai pada 29 April 2014.
  3. ^ Lemak Kampung Santan Sekadar Kutip RM120,000 Karangkraf. Dicapai pada 29 April 2014.
  4. ^ Muzaffar Mustapa (13 Ogos 2013). Hans Isaac kecewa kutipan filem LKS, mahu fokus teater Astro Awani. Dicapai pada 29 April 2014.
  5. ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Ogos 2013). Hans berhenti terbitkan filem Kosmo!. Dicapai pada 29 April 2014.
  6. ^ Bukan salah saya Utusan Malaysia (27 Ogos 2013). Dicapai pada 29 April 2014.
  7. ^ 'Lemak Kampung Santan' Kini Di Tonton mSTAR Online (8 September 2013). Dicapai pada 29 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]