Lembaga Kestabilan Kewangan
| Kerangka | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
| Tapak web | www |
| Sejarah | |
| Pendahulu | Forum Kestabilan Kewangan |
| Ditubuhkan | April 2009 |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Klaas Knot |
| Gabungan | Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Basel |
| Lokasi | |
| Koordinat | 47°32′53″N 7°35′30″E |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) ialah badan antarabangsa yang memantau dan membuat cadangan tentang sistem kewangan sejagat. Lembaga ini telah ditubuhkan pada Sidang Kemuncak G20 Pittsburgh 2009 sebagai pengganti kepada Forum Kestabilan Kewangan (FSF). Lembaga ini termasuk semua ekonomi utama G20, anggota FSF dan Suruhanjaya Eropah. Dihoskan dan dibiayai oleh Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa, lembaga itu berpangkalan di Basel, Switzerland[1] dan ditubuhkan sebagai persatuan bukan untung di bawah undang-undang Switzerland.[2]
FSB mewakili inovasi institusi antarabangsa utama pertama bagi pemimpin G20. Setiausaha perbendaharaan AS Tim Geithner telah menyifatkan ia sebagai "tonggak keempat sebenarnya" bagi seni bina tadbir urus ekonomi global, di samping Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Tidak seperti beberapa institusi kewangan pelbagai hala lain, FSB tidak mempunyai asas perjanjian dan kuasa rasmi, sebaliknya bergantung pada memorandum persefahaman tidak formal dan tidak mengikat untuk kerjasama yang diterima pakai oleh para anggotanya.[3]
Keanggotaan dan kepimpinan
[sunting | sunting sumber]Lembaga Kestabilan Kewangan mempunyai 71 institusi anggota yang terdiri daripada kementerian kewangan, bank pusat dan pihak berkuasa pengawasan dan pengawalseliaan dari 25 bidang kuasa serta 13 pertubuhan antarabangsa dan badan penetapan piawaian, dan 6 Kumpulan Perundingan Serantau yang menjangkau 65 bidang kuasa lain di seluruh dunia.[4][5]
Anggotanya termasuklah:
1 Pihak berkuasa Rusia telah bersetuju untuk tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat FSB buat masa kini.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Contact". Lembaga Kestabilan Kewangan (dalam bahasa Inggeris). 24 September 2014. Dicapai pada 6 September 2025.
- ^ "Organisational Structure and Governance". Lembaga Kestabilan Kewangan (dalam bahasa Inggeris). 22 Oktober 2020. Dicapai pada 6 September 2025.
- ^ Lombardi, Domenico (September 2011). The Governance of the Financial Stability Board (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C.: Brookings Institution. Dicapai pada 11 Februari 2018.
- ^ Financial Stability Board (December 2017). 4th Annual Report (PDF). Basel: Financial Stability Board.
- ^ "Members of the FSB". Financial Stability Board. Dicapai pada 16 November 2022.
