Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah agensi kerajaan Malaysia ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi menjalankan fungsi-fungsi berkaitan dengan industri pembinaan seperti berikut:-

  • Memaju dan menggalakkan pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan
  • Memberi khidmat nasihat dan syor kepada Kerajaan berkaitan dengan industri pembinaan
  • Memaju, menggalak dan mengusahakan penyelidikan berkaitan dengan industri pembinaan
  • Memaju, menggalak dan membantu eksport perkhidmatan berhubung dengan industri pembinaan
  • Menyediakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan
  • Memajukan jaminan kualiti dalam industri pembinaan
  • Menggiatkan penstandardan dan pembaikan teknik pembinaan dan bahan binaan
  • Mendayausaha dan menyenggara sistem maklumat industri pembinaan
  • Mengada, memaju, mengkaji semula dan menyelaras program latihan yang dianjurkan oleh pusat latihan pembinaan awam dan swasta bagi pekerja binaan mahir dan penyelia tapak
  • Mengakreditasi dan mendaftar kontraktor-kontraktor binaan termasuk membatal, menggantung dan

memasukkan semula pendaftaran mana-mana kontraktor berdaftar

  • Mengakreditasi dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir dan penyelia tapak

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.