Lembah Kinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Lembah Kinta dan Lembah Kelang merupakan kawasan yang sangat penting di Malaysia .

Lembah Kinta terletak di tengah negeri Perak, disaliri oleh Sungai Kinta . Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan hingga ke Kampung Gajah di selatan. Sungai Kinta bertemu dengan Sungai Perak berhampiran dengan Pulau Inderasakti.

Pulau Inderasakti terletak di dalam Sungai Perak dan pernah menjadi kediaman Sultan Perak pada peringkat awal sejarahnya. 1985, ketika pertabalan Sultan Azlan Shah, baginda singgah menziarahi makam sultan Perak di sini.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Lembah Kinta pesat membangun kerana Sungai Kinta banyak terdapat bijih timah dan kemudian ditanam dengan pokok getah. Lembah Kinta berjaya membawa orang Cina dari daerah Kwangtung, China yang diuruskan oleh kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kebanyakan mereka berbahasa Hokkien dan Kantonis.

Beberapa bandar telah wujud di Lembah Kinta. Antaranya ialah Ipoh , Kampar,Taiping, Gopeng, Batu Gajah, Pusing, Pasir Putih, Papan, Lahat, Menglembu, Jelapang , Tasek, Bercham, Gunung Rapat dan lain-lain.