Lembu Holstein Frisia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lembu Holstein-Frisia)
Lembu Holstein-Frisia
Lembu betina Holstein
Lembu betina Holstein
Nama lainLembu Holstein
Negara asalBelanda, Jerman, Denmark
TaburanSeluruh dunia
KegunaanSusu dan daging
Ciri-ciri
Warna kulitTompokan hitam putih (jarang ada yang merah putih)
Nota
Dahulunya baka dwikegunaan, untuk susu dan daging
Lembu
Bos primigenius

Lembu Holstein Frisia (kependekan Holstein di Amerika Utara, sementara Friesian khusus di UK) merupakan baka lembu susu yang berasal dari wilayah Holland Utara dan Friesland di Belanda, serta Schleswig-Holstein di Jerman Utara dan Jutland. Ia dikenali sebagai haiwan tenusu yang paling tinggi pengeluaran di dunia.

Penternak Belanda dan Jerman membiakbakakan dan menyelia pembangunan baka ini dengan tujuan memperoleh haiwan yang dapat menggunakan rumput, kawasan yang paling lumayan di rantau berkenaan, dengan sebaik-baiknya. Selama berabad-abad lamanya, hasilnya adalah lembu susu hitam putih yang tinggi keluarannya.

Dengan pembangunan Dunia Baru, berkembanglah pasaran untuk susu di Amerika Utara dan Selatan, maka penternak susu beralih ke Belanda untuk memperoleh ternakan. Setelah kira-kira 8,800 ekor lembu Frisia diimport, masalah penyakit di Eropah menyebabkan pemberhentian eksport ke luar benua.[1]

Di Eropah, baka ini digunakan untuk susu di utara, dan daging di selatan. Sejak 1945, pembangunan negara Eropah telah menyebabkan penternakan lembu dan hasil tenusu semakin disetempatkan. Lebih 80% pengeluaran tenusu berada di utara garis yang menghubungkan Bordeaux dengan Venice, yang juga mempunyai lebih 60% jumlah lembu baka ini. Perubahan ini menimbulkan perlunya haiwan khusus untuk pengeluaran susu (dan daging). Sehingga ini, susu dan daging diperoleh daripada lembu dwitujuan. Baka-baka ini, iaitu terbitan nasional daripada baka Frisia Belanda, menjadi haiwan yang jauh berbeza daripada yang dibangunkan oleh penternak AS yang menggunakan Holstein hanya untuk susu.

Penternak mengimport Holstein khusus dari Amerika Syarikat untuk dikacukkan dengan lembu hitam putih Eropah. Atas sebab inilah, "Holstein" kini memaksudkan baka Amerika serta kegunaannya di Eropah, khususnya di Utara. "Frisia" pula menandakan lembu keturunan Eropah untuk tujuan susu dan juga daging. Kacukan antara kedua-duanya bergelar "Holstein-Frisia".

Rujukan[sunting | sunting sumber]