Lembu Sahiwal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahiwal
Status pemuliharaanTerancam
Nama lainmint kumre
Nama gelaranLambi Bar, Lola, Montgomery, Multani and Teli[1]
Negara asalSahiwal, Pakistan
TaburanIndia, Pakistan, Australia, Bangladesh
KegunaanDual-purpose Dairy/Draft
Ciri-ciri
Warna kulitKemerahan
Status tandukHorned
Lembu
Bos (primigenius) indicus

Lembu Sahiwal merupakan satu baka lembu sapi yang dinamai sempena daerah Sahiwal di rantau Punjab yang terbahagi antara Pakistan dan India, di mana lembu ini dijumpai.[2][3]

Lembu Sahiwal dianggap sebagai baka lembu yang tahan panas.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lembu Sahiwal berasal dari bahagian tengah Punjab yang beriklim kering. Ia pernah dipelihara secara kawanan besar oleh gembala profesional yang dipanggil charwaha. Setelah diperkenalkannya sistem pengairan ke wilayah tersebut, lembu ini mula dipelihara dalam jumlah yang lebih kecil di rantau berkenaan, digunakan sebagai haiwan penarik dan pembekal susu. Kini, lembu Sahiwal adalah salah satu baka tenusu terbaik di India dan Pakistan. Sahiwal tenang ketika diperah susunya. Oleh sebab tahan panas dan pengeluaran susu yang tinggi, ia dieksport ke negara-negara Asia lain serta Afrika dan Caribbean.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab ciri-ciri uniknya, baka Sahiwal dieksport ke banyak negara dan wilayah. Baka Sahiwal tiba di Australia melalui New Guinea pada awal 1950-an. Di Australia, baka Sahiwal mula-mula dibela sebagai baka dwikegunaan (susu dan daging). Ia memainkan peranan penting dalam pengembangan dua baka tenusu tropika Australia, iaitu Australian Milking Zebu dan Friesian-Sahiwal Australia. Lembu Sahiwal kini banyak dibela di Australia untuk pengeluaran daging lembu kerana pengacukan baka Sahiwal bertaraf tinggi dengan baka Eropah menghasilkan daging yang berkualiti dengan tahap litupan lemak yang diingini. Lembu Sahiwal telah menunjukkan kemampuan untuk melahirkan anak yang kecil dan cepat tumbuh, terkenal kerana ketahanannya dalam keadaan iklim yang sukar.

Kemampuan baka Sahiwal untuk menyesuaikan diri sangat dikenali di Kenya, Jamaica, Guyana, Burundi, Somalia, Sierra Leone, Nigeria dan beberapa zon ekologi Afrika di mana baka Sahiwal telah dikacukkan dengan baka Bos taurus eksotik yang mempunyai kemampuan tindak balas yang tinggi untuk susu dan pengeluaran daging lembu tetapi kurang menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan. Lembu Sahiwal yang ada di Kenya sekarang adalah keturunan daripada sekitar 60 ekor lembu jantan dan 12 ekor lembu betina yang diimport dari tahun 1939 hingga 1963. Keturunan Sahiwal juga dianggap tiada tandingannya dalam sumbangan pengeluaran susu di kalangan baka Bos indicus. Kenya adalah negara utama di Afrika dengan sumber utama sapi Sahiwal dan berfungsi sebagai sumber ternakan dan air mani yang penting bagi benua itu.

Begitu juga, baka ini juga dieksport ke banyak kawasan lain di Asia termasuk India. Lembunya merupakan pengeluar susu yang paling banyak dari semua baka sapi, malah mempunyai ambing yang berkembang dengan baik.[5][6][7] Di Pakistan, baka ini dipelihara oleh Pusat Penyelidikan Pemeliharaan Lembu Sahiwal.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://dairyknowledge.in/article/sahiwal
  2. ^ Oklahoma State University breed profile Diarkibkan Mei 25, 2007, di Wayback Machine
  3. ^ "Sahiwal". Dairy Knowledge Portal.
  4. ^ "For desi breed 'Sahiwal', Punjab luring farmers with special benefits | punjab$bhatinda". Hindustan Times. 2016-05-06. Dicapai pada 2016-10-19.
  5. ^ Handbook of Australian Livestock, Australian Meat & Livestock Corporation, 1989, 3rd Edition
  6. ^ Genus Bos; Cattle Breeds of the World, 1985, MSO-AGVET (Merck & Co., Inc.), Rahway, N.J.
  7. ^ Mason, I.L. 1996. A World Dictionary of Livestock Breeds, Types and Varieties. Fourth Edition. C.A.B International. 273 pp.
  8. ^ Research Centre for Conservation of Sahiwal Cattle