Lembu Sanga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lembu sanga)
Watusi merupakan baka lembu Sanga yang popular sekali.
Lembu Watusi

Lembu Sanga merupakan nama kolektif bagi lembu pribumi Afrika Subsahara, kadang-kadang dikenali sebagai subspesies Bos taurus africanus.[1] Lembu ini berasal dari Afrika timur, mungkin di pesisir barat Tasik Victoria, lalu tersebar ke sungaiNil, dengan gambaran pada mural Mesir Purba. Sanga merupakan jenis perantaraan yang mungkin terbentuk dengan mengacukkan lembu tanpa bonggol setempat dengan lembu zebu.[2] Akan tetapi, bukti kaji purba menandakan bahawa jenis lembu ini dibelajinakkan secara berasingan di Afrika, malah keturunan taurina dan zebu hanya diperkenalkan dalam beberapa abad yang lepas.[3] Biarpun garis masa sejarah lembu sanga masih hebat diperbahaskan, sesetengah pihak menarikhkan lembu Sanga pertama pada 1600 SM sementara bukti alternatif mendapati tulang-tulang ditemui di Afrika Timur selama 7000 tahun dahulu.[4] Beza lembu sangat terletak pada bonggol bahagian tengkuk yang rendah berbanding zebu yang berbonggol tinggi.

Baka lembu Sanga[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Relationships between production and product traits in subpopulations of Bonsmara and Nguni cattle P.E. Strydom1, R.T. Naudé, M.F. Smith, A. Kotzé, M.M. Scholtz and J.B. van Wyk, South African Journal of Animal Science 2001, 31(3)
  2. ^ Mukasa-Mugerwa, E. (1989). "A review of reproductive performance of female Bos Indicus (Zebu) cattle". International Livestock Research Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-09. Dicapai pada 2010-03-02. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Caroline Grigson: An African origin for African cattle? — some archaeological evidence. African Archaeological Review 1991, Volume 9, Issue 1, pp 119-144
  4. ^ References Payne, 1964 and Schoeman, 1989 in Relationships between production and product traits in subpopulations of Bonsmara and Nguni cattle P.E. Strydom1, R.T. Naudé, M.F. Smith, A. Kotzé, M.M. Scholtz and J.B. van Wyk, South African Journal of Animal Science 2001, 31(3)