Lemonade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebotol lemoned yang diperah sendiri - kulit dan isi buah limau boleh dilihat pada bawah botol.

Lemonade [lé-mo-néd] atau lemoned merujuk kepada minuman manis yang bercirikan rasa limau utama.[1]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Minuman ini berbeza mengikut jenis kejernihan yang tampak pada produk akhir selepas ia dihasilkan:

  • jenis keruh - menggunakan ramuan semula jadi termasuk air biasa dan pemanis seperti gula atau madu.[2] Ia didapati di rantau-rantau Amerika Utara dan Asia Selatan. Air jenis ini biasanya dihidangkan sejuk, namun jenis panas juga boleh dihidang sebagai melegakan sakit tekak dan pernafasan tersumbat.[3]
  • jenis cerah - lebih menggunakan air berkarbonat,[4] didapati di United Kingdom dan Australia.

Jenis lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat sejenis lemoned yang kelihatan berwarna kemerahjambuan (pink lemonade) hasil pencampuran dengan buah beri tertentu sebagai bahan pewarna seperti raspberi, strawberi dan ceri.[5]

Terdapat suatu jenis minuman seumpama di Bangladesh yang menggunakan garam dan jus halia sebagai penambah perisa.

Di beberapa negara Timur Tengah tertentu seperti Israel, Jordan, Lebanon dan Syria, daun pudina digunakan sebagai bahan perisa membuat limonana.[6] Ramuan air mawar turut ditambah untuk membuat cherbat yang didapati di Afrika Utara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "LEMONADE - meaning in the Cambridge English Dictionary". dictionary.cambridge.org.
  2. ^ "History of Lemonade". Buzzle. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-09. Dicapai pada 26 Disember 2015.
  3. ^ "Is Lemonade Good for Sick People to Drink While They Have the Flu?". LIVESTRONG.COM. Dicapai pada 26 Disember 2015.
  4. ^ Muir, Alana. An American Guide to Britishness. Lulu.com. ISBN 978-1-4717-8546-7.
  5. ^ "An Easy to Prepare Old Fashioned Southern Beverage Favorite". Soulfoodandsoutherncooking.com. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  6. ^ "Limonana: Not your average lemonade". Zomppa. 29 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-26. Dicapai pada 28 Mei 2012.