Lempeng kelapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Lempeng kelapa yang baru dimasak.

Lempeng kelapa atau juga dikenali sebagai lempeng nyiur merupakan sejenis makanan ringan (snek) oleh orang Melayu. Makanan ini adalah seperti lempeng tepung biasa (pancake) yang digaulkan adunan tepungnya bersama isi kelapa parut. Lempeng kelapa banyak dijadikan hidangan sarapan oleh orang Melayu Pantai Timur, terutamanya di Terengganu dan di Kelantan. Hidangan ini juga sesuai dimakan untuk waktu minum petang dan minum malam, bersama kopi panas.

Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat sejarah yang jelas bagi masakan ini. Namun, bolehlah dianggap lempeng kelapa ini adalah satu varieti lempeng dengan modifikasi yang menggunakan bahan-bahan tempatan, iaitu isi kelapa yang banyak terdapat di pantai Semenanjung.

Kaedah Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Adunan tepung untuk lempeng (tepung, air dan garam) digaul bersama isi kelapa parut. Lebih molek kalau diambil isi kelapa yang agak muda. Adunan boleh dimasak dengan menggunakan kuali biasa, kuali leper atau kuali tidak melekat. Lempeng dimasak sehingga agak garing di kedua-dua belah mukanya.

Hidangan[sunting | sunting sumber]

Biasanya lempeng kelapa dihidangkan dengan sambal tumis, atau kari kering. Namun begitu, lempeng ini juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa ada cicahan apa-apa. Enak dimakan bersama dengan kopi panas. Pada masa sekarang, lempeng kelapa ini boleh didapati dengan agak mudah di restoran orang Melayu Pantai Timur untuk sarapan pagi di seluruh Semenanjung.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Galeri Gambar[sunting | sunting sumber]