Lempuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lepuk yang diperbuat dari isi durian.

Lepuk merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian. Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira dan sebati.

Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.

Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Lepuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti.

Lepuk adalah sebutan dalam dialek Terengganu.

Isi durian.

Lepuk juga membawa erti hentak, pukul, belasah, balun, lesing, ketuk. Contoh: "Aku lepuk ni kang."


Mesin pembuat lempuk yang dipamerkan di MAHA 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]