Lencana Emas Parti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lencana Emas Kehormat Parti Nazi

Lencana Emas Parti (Bahasa Jerman: Goldenes Parteiabzeichen, secara rasmi disebut Goldenes Ehrenzeichen der NSDAP atau Lencana Emas Kehormat Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional) ialah satu lencana kebesaran Parti Nazi. 100,000 ahli pertama yang menyertai dan yang berkhidmat tanpa henti dalam Parti telah diberi hak untuk memakainya (ia telah ditandakan dengan nombor keahlian parti dibahagian belakang lencana). Lencana Emas Parti yang lain (ditanda dengan singkatan 'A.H.' (Adolf Hitler) dibahagian belakang) telah dianugerahkan atas budi bicara Adolf Hitler kepada ahli-ahli parti tertentu yang berhak mendapat perhatian khas. Satu lencana yang serupa telah dianugerahkan setiap tahun pada 30 Januari kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan khidmat bakti cemerlang pada Parti atau Negara.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Lencana Emas Parti ialah Lencana asas Parti Nazi yang ditambah dengan kalungan lengkap daun oak emas yang mengelilingi lencana tersebut. Lencana ini dikurniakan dalam dua saiz: 30.5 mm bagi dipakai pada uniform dan 24 mm bagi kegunaan lain

Lencana ini dikaitkan dengan Alte Kämpfer (Pejuang Lama) dan mereka yang disukai oleh Führer, iaitu golongan elit Parti Nazi. Alte Kämpfer juga dirujuk sebagai "Golden Pheasants" (Burung Emas), iaitu mereka yang telah menyertai Parti sebelum tahun 1930. Bagi mereka yang menyertai parti selepas kejayaan pilihanraya Reichstag pada September 1930 telah dirujuk oleh Alte Kämpfer sebagai Septemberlinge ("orang kerdil September"). Selepas Hitler berkuasa pada tahun 1933, terdapat permohonan mendadak daripada rakyat Jerman untuk menyertai Parti dan golongan lama memandang hina keahlian baru ini, menganggap permohonan mereka lebih kepada oportunistik daripada idealistik. Lencana asas Parti Nazi, tanpa kalungan emas, yang dipakai oleh ahli baru, telah disindir oleh golongan lama sebagai Angstbrosche (Lencana Ketakutan).

Lencana Emas Parti milik Hitler mempunyai nombor '1'. Beliau menganugerahkannya kepada Magda Goebbels pada 27 April 1945, kurang 48 jam sebelum beliau membunuh diri didalam Führerbunker. Magda menggelarkannya "The greatest honour any German could receive". Ia telah diberi kepada Magda kerana menjadi "The Greatest Mother in the Reich". Lencana bernombor '1' ini telah dicuri dari sebuah pameran di Rusia pada tahun 2005. Pengawal keselamatan menyangka bahawa seekor kucing telah membunyikan alat penggera dan ini membolehkan pencuri melepaskan diri.

Satu-satunya pembuat Lencana Emas Parti ialah firma Joseph Fuess dan firma Deschler & Sohn, kedua-duanya berpusat di Munich.

Penerima-penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Hitler memakai Lencana Emas Parti nombor '1' bersama Iron Cross 1914 Kelas 1

Nota - Di dalam filem Schindler's List Oskar Schindler dilihat memakai Golden Party Badge. Ia tidak mengesahkan bahawa Schindler menerima lencana tersebut dalam kehidupan sebenar.

Ibu Pertama Reich[sunting | sunting sumber]

Pada April 1945, kurang daripada 48 jam sebelum beliau membunuh diri, Adolf Hitler memberikan Golden Party Badgenya sendiri kepada Magda Goebbels dan mengisytiharkan beliau sebagai "Ibu Pertama Reich". Magda menyebutnya "penghormatan terbesar yang pernah diterima oleh mana-mana rakyat Jerman".[1] Dengan itu, secara teknikal melalui perintah lisan, Hitler sebenarnya mencipta gred baru Lencana Parti Nazi, walaupun status sebagai anugerah rasmi tidak pernah direkodkan.[2][3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich, p. 183.
  • ^ Speer, Albert, Inside the Third Reich, Simon & Schuster; Reissue edition (April 1, 1997)
  • ^ Lumsden, R. (2001). Medals and Decorations of Hitler's Germany. Osceola, Wisconsin: MBI Publishing Company