Lencana Serangan Infantri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lencana Serangan Infantri dari Perak.
Seorang askar infantri menunjukkan Lencana Serangan Infantri dari Perak pada pakaian seragamnya di Stalingrad pada September 1942.

Lencana Serangan Infantri (bahasa Jerman: Infanterie-Sturmabzeichen atau Infantry Assault Badge) adalah anugerah perang Jerman yang dikurniakan kepada askar-askar Waffen-SS dan Wehrmacht Heer semasa Perang Dunia II. Anugerah ini telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 oleh Panglima Tentera Darat Jerman, Generalfeldmarschall Walther von Brauchitsch. Ia boleh dikurniakan kepada anggota unit infantri bukan motoris dan unit-unit Gebirgsjäger yang terlibat dalam serangan Infantri, dengan senjata Infantri ringan, sekurang-kurangnya tiga hari pertempuran di garisan depan bermula 1 Januari 1940. Apabila penyerangan balas membawa kepada pertempuran jarak dekat, ia juga boleh dikurniakan. Anugerah Infanterie Sturmabzeichen diluluskan pada peringkat pemerintahan rejimen atau lebih atas. Dua anugerah yang pertama telah diberikan kepada para pegawai dan lain-lain pangkat dalam satu majlis khas 28 Mei 1940, oleh Brauchitsch sendiri.[1][2]

Kelas[sunting | sunting sumber]

Perak[sunting | sunting sumber]

Kelas Perak telah dizahirkan pada 20 Disember 1939 oleh Ketua OKH, Walther von Brauchitsch, telah dikurniakan kepada askar-askar infantri mengikut salah satu kriteria berikut:[3]

  • Mengambil bahagian dalam serangan infantri selama tiga hari atau lebih.
  • Mengambil bahagian dalam serangan balas infantri selama tiga hari atau lebih.
  • Mengambil bahagian dalam operasi peninjauan bersenjata selama tiga hari atau lebih.
  • Terlibat dalam pertempuran satu demi satu dari posisi serangan.
  • Terlibat dalam pengembalian posisi tempur selama tiga hari berasingan.

Gangsa[sunting | sunting sumber]

Kelas Gangsa telah dizahirkan pada 1 Jun 1940. Ia telah dikurniakan kepada askar infantri motoris/ mekanis mengikut kriteria berikut:

  • Mengambil bahagian dalam serangan infantri motoris selama tiga hari atau lebih.
  • Mengambil bahagian dalam serangan balas infantri motoris selama tiga hari atau lebih.
  • Mengambil bahagian dalam operasi peninjauan bersenjata motoris selama tiga hari atau lebih.
  • Terlibat dalam pertempuran satu demi satu dari posisi serangan motoris.
  • Terlibat dalam pengembalian posisi tempur motoris selama tiga hari berasingan.

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Lencana ini telah direka oleh syarikat C. E. Junker dari Berlin. Ia berbentuk bujur, berserta empat daun oak disetiap bahagian; diatas terdapat seekor helang mencengkam swastika dan di tengah terdapat sepucuk raifel melintangi lencana tersebut. Bahagian belakang lencana adalah kosong dan terdapat pin dipasang. Dengan penubuhan Ordensgesetz tahun 1957, anggota tentera Jerman dibenarkan memakai versi anugerah Jerman yang de-nazified. Juga Infanterie- Sturmabzeichen telah diperkenalkan pada tahun 1957 sebagai satu versi de-nazified dari Perak dan Gangsa, dengan tanpa Helang dan lambang Swastika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Antonio Scapini, Decorazioni, distintivi e attestati di conferimento del Terzo Reich, Parma, Ermanno Albertelli Editore, 2012. ISBN 9788887372991