Lengkuas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Lengkuas
YosriLengkuas.jpg
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Alpinia
Spesies:
galanga
Nama binomial
Alpinia galanga

Lengkuas (Jawi: لڠكواس; nama botani: Alpinia galanga[1]) merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan, dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara.

Nama[sunting | sunting sumber]

Perkataan "lengkuas" dalam bahasa Melayu berasal daripada akar Melayu-Polinesia Barat *laŋkuasyang sama maksudnya, malah seasal dengan bahasa Ilokano (langkuás); bahasa-bahasa Tagalog, Bikol, Kapampangan, Visayan, dan Manobo (langkáuas atau langkáwas); bahasa Aklanon (eangkawás); bahasa Kadazandusun (hongkuas); bahasa Ida'an (lengkuas); bahasa Ngaju Dayak (langkuas); dan bahasa Iban (engkuas).[2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Lengkuas sentiasa digunakan dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Dalam bidang perubatan, lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteria.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok:

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Duke, James A.; Bogenschutz-Godwin, Mary Jo; duCellier, Judi; Peggy-Ann K. Duke (2002). Handbook of Medicinal Herbs (ed. 2nd). Boca Raton, Florida: CRC Press. m/s. 350. ISBN 978-0-8493-1284-7. Dicapai pada 1 March 2011.
  2. ^ "*laŋkuas — a plant: Alpinia galanga". Blust's Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 9 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]