Lengkuas (kartunis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zainuddin bin Saleh atau lebih dikenali dengan nama Lengkuas (26 September 1964 – 11 Ogos 2017), ialah seorang pelukis komik Malaysia. Beliau dilahirkan di Kampung Aji, Bota Kiri, Perak. Beliau terkenal menerusi karya beliau yang bertajuk Mat Despatch di majalah Ujang dan Yob Peon di majalah Lanun.[1]

Lengkuas
Kelahiran
Zainuddin bin Saleh

(1964-09-26)26 September 1964
Kampung Aji, Bota Kiri, Perak, Malaysia
Meninggal dunia11 Ogos 2017(2017-08-11) (umur 52)
Sebab kematianKomplikasi Darah Tinggi dan Buah Pinggang
PekerjaanKartunis
Tahun aktif1995–2017

Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[2]

Pada sekitar tahun 2014, beliau mula menghadapi masalah buah pinggang. Pada 9 Ogos 2017, beliau dimasukkan ke dalam wad Hospital Selayang, Gombak, Selangor untuk rawatan dialisis.[2] Dua hari kemudian pada 11 Ogos, beliau meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.[3] Jenazah beliau dikebumikan selepas waktu asar di Tanah Perkuburan Batu Muda pada hari itu juga.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kartunis Lengkuas meninggal dunia". Malaysiakini.com. 11 Ogos 2017. Dicapai pada 18 November 2019.
  2. ^ a b c Asrizal Aris (11 Ogos 2017). "Kartunis Lengkuas meninggal dunia". myMetro. Dicapai pada 18 November 2019.
  3. ^ Azyyati Ahmad (11 Ogos 2017). "Pelukis komik Mat Despatch, Lengkuas meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 November 2019.