Leon Trotsky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini berkenaan dengan biografi Leon Trotsky. Untuk tafsiran moden dan teori Trotski, sila lihat Trotskyisme.


Leon Trotsky.

Leon Davidovich Trotsky (bahasa Rusia: Лев Давидович Троцкий; transliterasi: Leo, Lev, Trotskii, Trotski, Trotskij, Trockij dan Trotzky; 7 November 187921 Ogos 1940) yang dilahirkan dengan nama Lev Davidovich Bronstein (Лев Давидович Бронштейн) ialah seorang revolusioner Bolshevik, serta ahli teori Marxisme. Beliau adalah ahli politik yang berpengaruh pada peringkat awal Kesatuan Soviet, mula-mulanya sebagai Komisar Rakyat Hal-ehwal Luar Negeri, dan kemudiannya sebagai pengasas serta komander Tentera Merah dan Komisar Perang Rakyat. Trotsky juga merupakan salah satu ahli pengasas Politburo.

Menyusul rebutan kuasa dengan Joseph Stalin pada dekad 1920-an, Trotsky dipecat daripada Parti Komunis dan diusir dari Kesatuan Soviet. Beliau kemudian dibunuh di Mexico oleh Ramon Mercader, seorang ejen perisik, dengan sebilah beliung ais. [1] Idea-idea Trotsky merupakan dasar Trotskyisme yang masih merupakan salah satu aliran fikiran utama dalam pemikiran Marxisme yang bertentangan dengan Stalinisme dan Maoisme secara teori.


Sebelum Revolusi 1917[sunting | sunting sumber]

Masa kanak-kanak (1879-1896)[sunting | sunting sumber]

Trotsky dilahirkan di Yanovka, Provinsi Kherson, Ukraine yang merupakan sebuah desa kecil, 15 kilometer daripada pejabat pos yang terdekat. Beliau merupakan anak kelima kepada David Leontyevich Bronstein (atau Bronshtein, 18471922), seorang petani Yahudi yang kaya tetapi buta huruf, dan Anna Bronstein (maut 1910). Nama kelahirannya, Lev Davidovich Bronstein, dinamakan sempena bapa saudaranya yang pada akhir bulan itu, mencuba meletup gerabak maharaja. Walaupun keluarganya adalah daripada etnik Yahudi, mereka tidak warak, dan bahasa-bahasa yang dituturkan di rumah ialah bahasa Rusia serta Ukraine, dan bukannya bahasa Yiddish. Adik perempuannya, Olga, berkahwin dengan Lev Kamenev, seorang Bolshevik yang terkemuka.

Apabila Trotsky berumur sembilan tahun, ayahnya menghantarnya ke Odessa untuk pendidikannya. Beliau didaftarkan di sebuah sekolah Jerman yang semakin bersifat Rusia semasa tempohnya di Odessa, disebabkan dasar rusifikasi kerajaan. Walaupun Troksky merupakan seorang murid yang baik, beliau suka berlawan dan pernah mengatur suatu bantahan terhadap seorang guru yang tidak popular pada tahun kedua persekolahannya. Bagaimanapun, beliau tidak memainkan peranan yang aktif dalam politik atau sosialisme sehingga 1896, ketika beliau berpindah ke Nikolayev (kini Mykolaiv) untuk tahun akhir persekolahannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Senjata pembunuhan ialah sebilah beliung ais, bukannya pemecah ais yang merupakan alat yang berbeza — sila lihat rencana masing-masing untuk perinciannya. Banyak buku sejarah dan rujukan mengelirukan antara kedua-dua ini apabila membincangkan keadaan-keadaan yang menyelubungi pembunuhan Trotsky. [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Wikisource